Pages

Saturday, February 1, 2014

'Biar ALLAH ampunkan dia!'

'Biar ALLAH ampunkan dia!'

PELAKON Istanbul Aku Datang, Lisa Surihani, 28, adalah orang yang paling gembira apabila sahabatnya, pelakon dan pengacara Scha Al Yahya mengumumkan tentang kehamilannya.

“Sebagai teman baik saya sangat gembira untuk mereka! Sebelum pengumuman mereka, Awal ada beritahu saya tapi masa itu dia dengan Scha belum pasti lagi dan masih tak bersedia nak kongsi berita tersebut dengan peminat,” kata Lisa yang mengharapkan gilirannya pula selepas ini.

Menurut Lisa, sebagai seorang isteri dia juga mahu melalui saat gembira seperti Scha mahupun wanita lain, namun jauh di sudut hatinya sangat kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang mempersoalkan perkara tersebut kepadanya sehingga menyentuh ke peringkat yang terlalu peribadi.

“Ini semua rezeki ALLAH, Saya tak kisah kalau orang kerap bertanya, tapi saya tak boleh terima bila ada soalan-soalan daripada orang sekeliling yang sampaikan menyentuh hal yang terlalu peribadi.

“Pernah ada yang datang pada saya, tanya bila lagi? Sedangkan dia pun dah hamil sambil menunjuk-nunjuk perutnya. Saya minta biar ALLAH ampunkan dia, sebab melukakan hati orang lain.

"Saya tak faham mengapa mereka tak sensitif dan tak menjaga perasaan orang lain. Cubalah mereka letakkan diri mereka dalam situasi saya.

"Mungkin belum rezeki kami. Bukan kami tak berusaha dan perlukah berkongsi tentang semua perkara itu pada umum? Apa pun, saya tak mahu terlalu memikirkan kerana ia akan membuatkan saya tertekan,” katanya yang berkecil hati dengan segelintir pihak.

Bagaimanapun, Lisa bersyukur apabila luahan rasa kesalnya mengenai isu tersebut di Instagram, baru-baru ini mendapat sokongan ramai peminatnya.

Lisa yang hampir dua tahun mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim turut mengharapkan peminat dapat mendoakan kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga mereka.


Risau dimarahi Yusri

Dalam pada itu menyentuh mengenai perkembangan karier, kini Lisa kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Cicakman The Movie 3.

Menurut Lisa, cabaran yang dihadapi apabila dia perlu menahan ketawa apabila berhadapan dan berlakon dengan Zizan Razak.

“Saya memang jenis yang suka komedi. Jadi, bila berlakon di samping Zizan, tengok mukanya saja saya dah nak tergelak, tapi saya kena tahan, kerana saya pegang watak serius,” katanya  yang memegang watak isteri kepada Zizan dalam filem berkenaan.

Dalam perkembangan sama, menurut Lisa, timbul juga rasa bimbang untuk bekerja di bawah arahan suaminya. Namun, dia cuba untuk bekerja secara profesional.

“Saya risau kerja dengan Yusry sebab saya ni manja, takut kalau kena marah nanti saya akan terasa hati. Tapi bila di set kami dapat bekerja secara profesional,” katanya.

Menurut Lisa, setiap kali masuk ke set, Yusry akan memanggilnya dengan nama watak iaitu Linda. Namun, ada pernah sekali, Yusry tersasul memanggilnya dengan panggilan sayang dan betulkannya panggil semula nama watak tersebut.

“Bagi saya, inilah pengertian profesional,” katanya yang sebelum ini pernah berlakon bersama dengan Yusry menerusi filem Ular.

Dalam perkembangan lain, selepas penggambaran Cicakman, Lisa bakal berlakon di bawah filem arahan Osman Ali melibatkan pelakon dari Singapura dan Indonesia.


sumber

DETIK CEMAS HAMPIR DIMAKAN CHEETAH

Pasangan dari British mengambil keputusan untuk melawat taman hidupan liar di Afrika Selatan. Isterinya mahu mengambil gambar rapat dengan beberapa ekor cheetah. Namun nasib tak menyebelahi pasangan isteri tersebut, malang tidak berbau tapi daging segar terbau oleh sang cheetah... perempuan tersebut menjadi mangsa.

 

Saat-saat getir sewaktu perempuan ini bergelut dengan beberapa ekor cheetah yang cuba untuk membahamnya.

saksikan lagi gambar di bawah ini kesudahan pergelutan ini...
Cheetah yang sepatutnya telah menjadi jinak, tetapi berakhir dengan menggigit kaki dan perut dan menerkam belakang lehernya.


Cheetah sabar menanti peluang apabila perempuan tersebut leka



Apabila ia sudah leka dan peluang terhidang di depan mata Cheetah tersebut pon ape lagi... grab the opportunity.



Bayangkan jika anda berada di tempat perempuan tersebut apa korang bakal lakukan?



Bernasib baik tiada kecederaan parah yang di alaminya.

Beringatlah ini lah mengapa kita perlu berhati-hati.. walau haiwan tersebut jina tetapi haiwan tersebut adalah tergolong dari haaiwan pemangsa dan nalurinya tetap pemangsa walaupun ia jinak sedangkan kucing yang jinak tu pon suka mengigit... 

Maut depan sepupu

Foto

Kota Bharu: Seorang remaja berusia 13 tahun bukan saja dilanggar malah turut digilis kenderaan sama sebelum pemandunya dipercayai melarikan diri dalam kejadian menyayat hati berhampiran rumah neneknya dekat Kampung Panchor, Jalan Kemumin, di sini, jam 10 malam kelmarin.
Lebih menyedihkan, kejadian itu turut disaksikan oleh sepupunya, Nor Suhadah Fauzi, 17, yang sebelum itu bersama mangsa, Muhammad Arif Salleh berjalan kaki untuk membeli kad prabayar di sebuah kedai terletak kira-kira 15 meter dari rumah nenek mereka.
Nor Suhadah berkata, mereka berdua keluar rumah pada jam 9.46 malam untuk ke kedai memandangkan mangsa mahu menggunakan perkhidmatan Internet.

Katanya, mereka berdua hanya berjalan kaki di bahu jalan dan dia sempat memimpin tangan mangsa namun dilepaskan ketika dalam perjalanan ke kedai itu.

Foto
SALLEH menunjukkan foto Muhammad Arif (gambar kecil) yang maut dirempuh.

“Mula-mula saya pimpin tangan dia tetapi dia lepas dan berjalan di depan.

Maut rempuh tiang elektrik

Foto

Alor Gajah: Seorang pengutip buah kelapa sawit maut selepas PERODUA Kancil dipandunya melanggar tiang elektrik di Gadek, di sini petang semalam.
Dalam kejadian jam 1.15 petang, mangsa Muhammad Hadzlin Md Dedrus, 21, yang memandu dari arah Gadek dipercayai hilang kawalan apabila di tempat kejadian.
Kenderaan mangsa berpusing beberapa kali sebelum merempuh tiang elektrik di tepi jalan.
Berikutan rempuhan itu mangsa maut di tempat kejadian dan mayatnya yang tersepit di tempat duduk pemandu dikeluarkan anggota bomba.

8 tips untuk wanita untuk mengetahui lelaki itu curang ataupon tidak



Dalam sesebuah perhubungan CINTA sudah pasti tidak akan pernah terlepas daripada dilanda pelbagai masalah.

Boleh dikatakan, golongan wanita sering menyalahkan golongan lelaki yang sememangnya sering dikatakan suka bersifat curang.

Antara yang kerap menjadi isu adalah soal kesetiaan terhadap CINTA.

Berikut adalah beberapa tips kepada golongan wanita untuk mengetahui jika lelaki itu curang ataupon tidak.

1. “Hai. Apa nama kamu?”

Katakanlah anda baru ingin memulakan bibit-bibit cinta dengan seseorang lelaki dan sudah berjumpa beberapa kali. Namun, lelaki itu masih sukar mengingati nama anda.

Apakah alasan lelaki untuk tidak mengingati nama anda. Sudah disebut berkali-kali pun susah nak ingat…mungkin nama terlalu banyak wanita di fikirannya…

2. Tiada Hujung Minggu?

Jika si dia tidak berjumpa dengan anda pada hujung minggu, pastinya ada ‘permainan’ di situ.

Ini kerana Jumaat hingga Ahad adalah waktu yang sesuai untuk setiap pasangan meluangkan masa berkualiti mereka bersama.

3. Tiada Kata Putus

Anda telah menjalinkan bibit percintaan selama beberapa bulan dan si dia tidak pernah bercakap soal hala tuju percintaan tersebut.

Atau lebih teruk, dia akan memujuk anda berkata, “awak jangan risau”.

4. Parti Liar

Jika seseorang lelaki yang memilih untuk pergi berparti pada hujung minggu dan menghabiskan masa bersama rakan-rakan lelaki bermakna dia ingin membujang! Anda tidak beraap penting.

5. Putar Belit Psikologi

Anda menuduh si dia bersikap curang dan dia memutar balik situasi dan menuduh anda pula bersikap curang.

Jelas, dia cuba untuk mencelarukan pemikiran anda.

6. Tidak Berkawan di Laman Sosial

Anda sedang dalam perhubungan dan si lelaki tidak mahu memasukkan anda ke dalam senarai rakan di laman sosial.

Atas alasan, “Saya tak nak awak cemburu sebab saya ramai ‘kawan’ wanita”. Betul ke ‘kawan’?

7. Wanita, Wanita & Wanita

Si dia sering mendapat pesanan ringkas pada setiap jam dan setiap masa dari wanita yang dikatakan sebagai ‘kawan’.

Wanita tersebut menghantar gambar kepada si lelaki dan sering ‘like’ gambar pasangan anda di laman sosial.

Kejap! Bagaimana anda tahu wanita itu ‘like’ gambar teman lelaki anda sedangkan anda tidak ada dalam senarai rakan? *Pssstt..

8. Budak Nakal

“Saya nakal” “Saya nak ‘chill’ je” “Saya tak terfikir untuk jalinkan hubungan” – Itu antara ayat-ayat yang digunakan oleh lelaki.

Jadi jika ayat sebegini terpacul dari mulut si lelaki, jangan cuba untuk mengubah. Baik berundur.


sumber

Petua Untuk Meningkatkan Daya Ingatan



Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah :

Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.


sumber

19 Tanda Orang yang Mati Syahid



Syaikh Albani rahimahullah telah mengumpulkan dalam kitabnya (Ahkamul Janaiz) tanda-tanda ini dari Al Qur’an dan Sunah shahihah, beliau mendapatinya ada 19 tanda, berikut ini ringkasannya:

Sesungguhnya Dzat Yang Mensyariatkan telah menjadikan beberapa tanda yang jelas untuk menunjukkan husnul khatimah – Allah Ta’alaa telah menetapkannya dengan kurnia dan kenikmatanNya – maka siapa saja yang meninggal dengan memiliki salah satu tandanya maka itu merupakan berita gembira:


Pertama:
Mereka yang dapat mengucapkan syahadat menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang shahih diantaranya:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( barangsiapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk surga ) ( hadits hasan).

Kedua:
Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib radhiallahu anhu:

Dari Buraidah bin Khusaib radhiallahu anhu: ( bahwa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: Allahu Akbar, aku mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( kematian seorang mukmin disertai keringat dikeningnya ) ( hadits shahih ).

Ketiga:
Mereka yang meninggal pada malam jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam ( hadits dengan seluruh jalurnya hasan atau shahih )
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( tidaklah seorang muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah Melindunginya dari siksa kubur ).

Keempat:
Meninggal dalam keadaan syahid dimedan perang sebagaimana firman Allah Ta’alaa :

Artinya: ( dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahwa orang-orang yang terbunuh dijalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki disisi Tuhan mereka (169) Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka, dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang belum mengikuti mereka dibelakang janganlah mereka takut dan sedih (170) Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurniaNya dan bahwa Allah tidak menyia-nyiakan balasan bagi orang-orang beriman) (QS Ali Imran :169-171).

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( orang yang syahid mendapatkan enam perkara: diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam surga, dijauhkan dari siksa kubur, diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat dihari kiamat, dipakaikan mahkota keimanan, dinikahkan dengan bidadari surga, diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya) (hadits shahih).

Kelima:
Mereka yang meninggal ketika berjuang dijalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: "apa yang kalian nilai sebagai syahid diantara kalian ?" Mereka berkata: "Ya Rasulullah siapa yang terbunuh dijalan Allah maka dia syahid." Beliau berkata: "jadi sesungguhnya para syuhada umatku sedikit." Mereka berkata: "lalu siapa mereka Ya Rasulullah?" Beliau berkata: "barang siapa yang terbunuh dijalan Allah syahid, barangsiapa yang mati dijalan Allah syahid, barangsiapa yang mati karena wabah taun syahid, barangsiapa yang mati karena penyakit perut syahid, dan orang yang tenggelam syahid."

Keenam:
Mati kerana satu wabah penyakit taun, berdasarkan beberapa hadits diantaranya:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: (wabah tha’un merupakan kesyahidan bagi setiap muslim). ( hadits shahih)

Ketujuh:
Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadits diatas.

Kelapan dan kesembilan:
Mereka yang mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( syuhada ada lima: yang mati kerana wabah taun, karena penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid dijalan Allah) ( hadits shahih).

Kesepuluh:
Mereka yang matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya:

Dari Ubadah bin Shamit radhiallahu anhu bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam menjenguk Abdullah bin Rawahah dan berkata: beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: tahukah kamu siapa syuhada dari umatku? mereka berkata: terbunuhnya seorang muslim adalah syahid. Beliau berkata: ( jadi sesungguhnya para syuhada umatku, terbunuhnya seorang muslim syahid, mati karena wabah taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid [ditarik oleh anaknya dengan tali arinya kesyurga]) ( hadits shahih ).

Kesebelas dan kedua belas:
Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada ditulang rusuk, ada beberapa hadits yang terkait yang paling masyhur:

Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’ : ( syuhada ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabah taun syahid, yang tenggelam syahid, yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid, yang sakit perut syahid, yang mati terbakar syahid, yang mati terkena runtuhan syahid, dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid) (hadits shahih).

Ketiga belas:
Mereka yang mati karena sakit Tibi berdasarkan hadits:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( terbunuh dijalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati karena sakit Tibi syahid, yang mati karena sakit perut syahid) (hadits hasan).

Keempat belas:
Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas.Dalam hal itu ada beberapa hadits diantaranya:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( barang siapa yang terbunuh karena hartanya ( dalam riwayat: barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh) maka dia syahid) (hadits shahih).

Kelima belas dan keenam belas:
Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( barang siapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid) ( hadits shahih).

Ketujuh belas:
Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga diperbatasan) di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamul lail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan diamankan dari fitnah) ( hadits shahih).

Kelapan belas:
Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( barangsiapa yang mengucapkan: Laa ilaaha illallah mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk surga, barangsiapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk surga, barangsiapa yang bersedekah dengan satu sedekah mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk surga) ( hadits shahih).

Kesembilan belas:
Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muththalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuhnya)

... Subhanallah wabihamdihi Subhanakallahumma Wabihamdika Asyhadu Allailaaha Illa Anta Astaghfiruka Wa'atuubu Ilaik ....

Apakah Tuhan Benar-benar Ada? (3 Pertanyaan Terjawab Dengan 1 Jawaban)



Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, ia telah kembali ke tanah air, sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama (ustadz)/siapapun yang bisa menjawab 3 pertanyaan darinya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

Pemuda :: (Dengan nada sombong pemuda itu bertanya) Anda siapa...?? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan saya...??
Ustadz :: Saya hanya hamba ALLAH & dengan izinnya saya akan menjawab pertanyaan Anda.

Pemuda :: (Tetap dengan nada sombong) Anda yakin....?? Sedang profesor & banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Ustadz :: Saya akan mencoba sejauh kemampuan saya...!!

Pemuda :: Saya punya 3 buah pertanyaan...??

1. Kalau memang TUHAN itu ada, tunjukkan wujud TUHAN kepada saya?

2. Apakah yang dinamakan TAKDIR...??

3. Kalau SETAN diciptakan dari api, kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat setan, sebab mereka memiliki unsur yang sama? Apakah TUHAN tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba pemuka agama tersebut menampar pipi si pemuda dengan keras.

(sambil menahan sakit) si Pemuda berkata ::

Pemuda :: Kenapa...?? Anda marah kepada saya...??

Ustadz :: Saya tidak marah...!!! Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 buah pertanyaan yang anda ajukan kepada saya...!!

Pemuda :: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti...??!!

Ustadz :: Bagaimana rasanya tamparan saya...??!!

Pemuda :: Tentu saja saya merasakan sakit...!!

Ustadz :: Jadi Anda percaya bahwa sakit itu ada...?!!

Pemuda :: Ya... Percaya...!!

Ustadz :: Tunjukan pada saya wujud sakit itu...??!!

Pemuda :: Saya tidak bisa...!!

Ustadz :: Itulah jawaban pertanyaan pertama, kita semua merasakan keberadaan TUHAN tanpa mampu melihat wujudnya.

Ustadz :: Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya..??!!

Pemuda :: Tidak...!!

Ustadz:: Apakah pernah terpikir oleh Anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini...??!!

Pemuda :: Tidak...!!

Ustadz :: Itulah yang dinamakan TAKDIR...!!

Ustadz :: Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar anda...??!!

Pemuda :: Kulit...!!

Ustadz :: Terbuat dari apa pipi Anda...??!!

Pemuda :: Kulit...!!

Ustadz :: Bagaimana rasanya tamparan saya...??!!

Pemuda :: Sakit...!!

Ustadz :: Walaupun setan terbuat dari api dan neraka terbuat dari api, jika TUHAN berkehendak, maka neraka akan menjadi tempat menyakitkan bagi setan.

MASIHKAH ANDA MERAGUKAN KEHADIRAN 'TUHAN' DALAM HARI-HARI ANDA ?

Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi Shadaqah Jariyah pada setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini. Dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat...

SUBHANALLAH...

sumber

TAUTAK? - TIDUR TANPA BANTAL BAIK UNTUK KESIHATAN



Mungkin fakta yang mengejutkan buat korang, tetapi tahukah sebenarnya tidur tanpa bantal sangat baik untuk kesihatan? Perkara ini juga dipersetujui oleh pakar kesihatan kebelakangan ini menggalakkan ibu bapa serta bayi tidak memakai bantal ketika tidur.

Berikut kebaikan tidur tidak menggunakan bantal:

1. Mencegah sakit leher

Tidur dengan menggunakan bantal adalah faktor utama terjadinya sakit bahu dan leher. Meskipun masih disarankan untuk pemanasan (stretching) dan menggunakan pemanas, cara terbaik untuk menghilangkan rasa sakit ini adalah dengan tidur tanpa bantal. Namun, tidur tanpa bantal dapat menyebabkan masalah untuk orang yang sudah terbiasa menggunakannya. Untuk mereka yang belum terbiasa tidur tanpa menggunakan bantal, dianjurkan secara berperingkat mengurangkan ketebalan bantal.

2. Mencegah kerutan di wajah dan membuat awet muda

Orang yang tidur tanpa bantal di kepalanya mempunyai peluang yang rendah untuk mengalamai kerutan di wajahnya. Hal ini disebabkan mereka yang tidak menggunakan bantal tidak menekan wajah mereka di atas bantal yang dapat menyebabkan kerutan pada wajah. Jadi, sekiranya anda menginginkan awet muda, tidurlah tanpa menggunakan bantal.

3. Baik untuk tulang belakang

Tidur tanpa bantal dianggap sebagai cara yang paling sihat kerana memberikan manfaat kepada tulang belakang. Tidur dengan punggungnya memungkinkan tulang punggung untuk sepenuhnya berada pada curve semulajadi tubuh. Ketika kita tidur dengan bantal tebal, lokasi tulang punggung akan berubah dan kita mungkin mengalami sakit punggung keesokan harinya. Jadi, tidur tanpa bantal adalah penawar terbaik untuk sakit punggung.

4. Kualiti tidur

Tidur tanpa bantal akan membantu anda mendapatkan kualiti tidur yang baik kerana posisi tubuh anda berada pada tahap semulajadi dan normal. Seperti halnya bayi yang baru lahir belum terbiasa menggunakan bantal. Biasanya penjaganya yang memperkenalkan dan membiasakannya menggunakan bantal kecil seukuran kepala bayi, namun, bayi aktif bergerak dan malah merasa tidak selesa menggunakan bantal yang mengganjal kepalanya. Sehingga membuat bantal tersingkir dengan sendirinya dari kepalanya dan akhirnya bayi lebih selesa tertidur tanpa bantal. Bayi pun memiliki kualiti tidur lebih baik tanpa bantal (pada saat posisi flat/datar), kerana memang posisi tubuhnya berada pada tahap semulajadi/normal tanpa di letakkan sesuatu pada kepala/lehernya. Jadi, apabila anda ingin tidur lebih berkualiti dan menormalkan bentuk/posisi tubuh korang, mulai biasakan tidur tanpa bantal.