Pages

Thursday, January 30, 2014

Macam Yakin Jer! Anwar menang,harga satay turun, BN pun turun


Sandiwara apakah lagi ini...Pilihan Raya dah lepas enam bulan lalu...calon PKR Kajang time tu dah menang..tapi letak jawatan sebab nak bagi laluan kepada Anwar untuk bertanding..katanya, ini adalah taktik untuk melawan kerajaan Be End..anyway, kita tunggu dan lihat, siapa pilihan rakyat Kajang...dilema juga rakyat Kajang ni tau..nak pilih Be End, banyak tak puas hati harga barang naik...nak pilih PKR, banyak tak puas hati sebab berebut kuasa...kalau PAS bertanding, nah..lagi lah pening..

KAJANG - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mengandaikan bahawa sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh kemenangan di Dun Kajang bukan setakat harga satay Kajang akan turun sebaliknya kerajaan Barisan Nasional (BN) juga turut akan turun daripada tampuk pemerintahan. Menurut Azmin, pihak BN, selalu 'membuat lawak' dengan mengatakan bahawa  Anwar akan berjanji untuk turunkan harga satay Kajang sekiranya beliau memenangi kerusi tersebut. 
"Hari ini saya hendak beritahu kepada orang Umno-BN, kalau Anwar menang di Dun Kajang, bukan setakat harga satay Kajang akan turun sebaliknya BN juga akan turun," katanya  dalam majlis taklimat PKR sempena PRK Dun Kajang, di Dewan Orang Ramai Sungai Sekamat, di sini. 
Pencalonan Anwar di Dun Kajang mencetuskan pelbagai polemik, ada yang menyifatkan peletakan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh di kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang bertanding di situ sebagai satu pengkhianatan kepada penduduk Kajang. 
Peletakan jawatan Chin Cheh sebagai Adun diumumkan oleh Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh kelmarin. Semalam, PKR mengumumkan untuk meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk mempertahankan kerusi itu. - Sinar Harian
Dulu, Najib kena hentam gara-gara kangkung...lepas ni ada tak yang nak troll Anwar sebab satay...anyway, kalau satay turun harga, memang sangat bagus..boleh juga buat lauk berulam kangkung..kan...haih, politikus is killing me lah!!
sumber

Wanita Bertubuh Gempal Ini Mengangkat Berat 30.8 kg Hanya Menggunakan Telinga.

Wanita ini mungkin boleh jadi wanita terkuat di dunia . Bagaimana boleh ianya berlaku ? Ya , hanya dengan telinganya saja ia boleh mengangkat beban berat berkilo - kilogram .

Wanita bertubuh gempal tersebut adalah Asha Rani . Wanita berusia 23 tahun ini berjaya mengangkat beban seberat 30.8 kg hanya dengan dengan telinganya sahaja . Tidak hanya itu , bahagian badan lain iaitu rambutnya ternyata juga sangat kuat , ia mampu mengangkat beban sebanyak 53 kg dengan rambutnya .

Tercatat dalam  kedua tindakan itu dilakukan Asha dengan mengangkatnya setinggi 10 cm dari tanah selama 5 saat . Berkat kemampuannya ini , ia berjaya mencatatkan rekod baru di Guiness Book of Records . " Aku sangat gembira boleh mencapai dua rekod . Ini adalah pencapaian yang terbesar , " kata Asha ketika pemecahan rekod di Leicester , United Kingdom .

Untuk masa hadapannya , Asha bertekad untuk membuat rekod baru . Kali ini ia akan menggunakan kelopak matanya untuk mengangkat beban . Demi mencapai rekod ini , Asha belajar dari manusia terkuat yang lain , Manjit Singh .

Asha juga muncul dalam rancangan pencarian bakat " Britain 's Got Talent " ,  . Disana ia mempamerkan kekuatannya dengan mengangkat salah satu juri , Amanda Holden , dengan telinganya sahaja . 








Kenapa Perlu Tidur Bogel | Mesti anda teringin hendak tahu sangat mengenai tajuk entri ni. Ini adala infomasi yang SA ambil (copy paste) untuk di kongsi bersama. Ianya tiada unsur 18sx, jadi perbagai peringkat umur boleh membacanya. Hanya sekadar ilmu yang boleh digunakan jika mahu.
Tidur bogel kebanyakan dilakukan oleh orang bandar dinegara ini. Cuma biasanya yang tidur bogel dikalangan yang mempunyai bilik sendiri. Bagi berkongsi bilik dengan adik beradik pasti tak punya tidur bogel. Manakala yang duduk di kampung pun tidak akan tidur bogel.
Tapi sekarang pasti anda akan tidur bogel disebab peningkatan kos hidup, cara ini boleh jimat bil elektrik bulan dengan tidur tanpa kipas atau air-corn.
Menurut sebuah kajian terbaru, tidur dalam keadaan bogel bukan sahaja menjimatkan bil elektrik anda, malah tidur dalam keadaan bogel kerana manfaat kesihatan berikut:

Elakkan jangkitan yeast
Menurut Jennifer Landa, penulis buku The Sex Drive Solution for Women, tidur dalam keadaan bogel baik untuk bahagian sulit anda. Bahagian sulit mudah dijangkiti bakteria dan jangkitan yeast dalam keadaan hangat, jadi cara terbaik untuk elakkan perkara tersebut adalah dengan biarkan bahagian sulit ‘berangin.’

Tidur lebih lena
Suhu badan cenderung untuk menurun semasa anda tidur jadi apabila terlalu panas dengan selimut dan baju tidur boleh mengganggu tidur anda. Menurut pakar, tidur dalam keadaan bogel bantu suhu badan anda kekal sejuk.

Anda bertambah seksi
Tidur bogel sahaja dah boleh menjadikan seseorang seksi. Namun bukan itu sahaja.Menurut pakar, apabila suhu badan turun, terdapat hormone yang dibebaskan dan membuatkan kulit dan rambut anda kelihatan cantik. Patutlah ada yang bangun pagi dengan muka berseri. Ini juga menjadi alasan mengapa di beberapa kawasan di Indonesia, lelaki akan memilih bakal isteri berdasarkan wajah beliau ketika bangun tidur. Kecantikan semulajadi katakan.

Tak buncit lagi!
Sebelum ini kita sebut bahawa tidur tanpa pakaian bantu tidur lebih lena lalu menurunkan hormone stress iaitu cortisol. Apabila hormone stress anda meningkat, terutamanya apabila tidur anda terganggu, anda akan bangun esok pagi terus mengidam nak makan nasi beringin! Mana tak buncit macam ini!

Hubungan intim lebih baik
Tetapi ingat, sebelum cuba tidur tanpa pakaian pastikan pintu bilik dikunci! Dan pastikan robe disediakan berhampiran, mana tau ada kecemasan tengah malam, takkan nak lari keluar rumah tanpa pakaian?
Sebelum anda ingin tidur bogel pastikan bilik anda secure dari segala camera, lubang, tingkap ditutup dengan langsir dan pastikan pintu berkunci. Bukan apa bagi mengelakan dari jadi bahan gambar SX oleh ahli keluarga atau sape saja yang ada dalam rumah.



Tutorial Memasang Graphic Card Pada Motherboard Komputer Anda


Tidak Semua Komputer(CPU)dapat menyokong graphic pada sesetengah perisian seperti Auto Cad atau lebih ketara lagi Permainan Games yang menpunyai tahap 3D Graphic yang tinggi.


Kebanyakan games mahupun perisian pada zaman sekarang menpunyai tahap Graphic yang tinggi.


Kalau hanya mengharapkan VGA pada onchip standard motherboard.Sudah pasti Perisian mahupun games tidak dapat di install.kalau boleh pun mesti performance Cpu menurun.
Langkah untuk mengatasi masalah ini ialah dengan meng upgrade kan Komputer(CPU) dengan memasukkan Graphic Card


Kenali Graphic Card Dipasaran


Ada 2 Jenis Graphic Card iaitu jenis slot


1. Jenis AGP SlotGraphic Card jenis ini hanya untuk motherboard yang menpunyai Slot AGPSelalu motherboard jenis ini jenis lama seperti motherboad untuk prosesor Pentium 4


AGP Graphic Card

2. Jenis PCI e Slot
PCI e Graphic Card

Graphic Card jenis PCI e ini Untuk Motherboard yang terkini yang berada di pasaran
Anda boleh melihat pebezaan pada Kaki slot emas pada graphic card dimana Graphic card jenis Agp lebih pendek dan mepunyai 2 garisan border di tengah manakala jenis PCI e lebih panjang dan menpunyai 2 garisan border di awal dan di hujung.


Contoh Motherboard Slot AGP


Slot AGP

Selalu jenis Motherboard untuk Graphic card AGP ini port Slot nya berwarna koko(coklat)


Contoh Motherboard untuk Graphic Card PCI e

Motherboard untuk Graphic Card PCI e


Motherboard Untuk Graphic Card PCI e ini banyk di pasaran berbanding dengan Motherboard untuk Graphic Card AGP slot kerana motherboard ini model terbaru dah harga nya juga murah
Port untuk Graphic Card jenis ini Selalunya Bermacam-macam warna.Anda boleh kenali dengan melihat kepanjangan port.


Toturial memasang Graphic Card
Cukup mudah..kalau anda memahami jenis Graphic Card yang di perlukan untuk motherboard komputer(CPU) anda
Langkah 1

Motherboard


Buka Casing Komputer Anda(CPU)kalau berhabuk tu cuci la dulu..hehehehe.Anda akan melihat Motherboard CPU


Langkah 2

Tutorial Memasang Graphic Card Pada Motherboard Komputer Anda

Tutorial 2 Memasang Graphic Card Pada Motherboard Komputer Anda


Pada langkah ini pastikan Graphic card yang betul untuk motherboard anda.Masukkan Graphic Card dengan berhati-hati mengikut kaki Port yang betul


Langkah 3

Tutorial 3 Memasang Graphic Card Pada Motherboard Komputer Anda


Masukkan Graphic Card dengan rapat dan ketatkan Graphic Card dengan Skru.

CPU


Setelah Selesai Semua Tutupkan Casing Cpu Anda.Tukar Plug Lcd atau monitor yang berwarna biru kepada Port socket Graphic Card yang baru di pasang td.
On kan Komputer anda dan Install driver Graphic Card anda ke dalam system.Selalunya Graphic card baru akan diberi cd driver


Kalau anda memahami toturial ini,anda dapat menjimatkan kos untuk menghantar cpu ke kedai komputer.Anda pun boleh jadi technician komputer.

Selamat mencuba..

Gambar ini kelihatan seperti pantai biasa tapi apa yang anda lihat adalah bukan pasir pantai. WHAT??

Gambar pantai ini nampak macam pantai-pantai biasa saja kan..tapi kalau anda melihat secara dekat, anda akan terkejut apa sebenarnya benda seumpama pasir pantai itu.

Pernah tak anda mendengar mengenai Laut Salton? Ia terletak di California, Amerika. Laut ini adalah laut paling masin di dunia sehingga banyak hidupan akuatik yang mati. Bilangan hidupan laut yang mati ini memang tidak terkira banyaknya sehingga pantai dipenuhi dengan tulang-tulang ikan. 




Tulang-tulang ikan ini akhirnya tersadai dan terkumpul di tebing pantai sehingga pasir pantai pun sudah tidak kelihatan lagi.



Jadi, kalau anda nak berjalan di tepi pantai laut Salton, sila pakai kasut agar tapak kaki anda tidak tercedera. Tulang-tulang ikan ini memang tajam.

Laut Salton ini bukan terbentuk secara semulajadi. Ianya terbentuk selepas terusan Sungai Colorado terbelah pada tahun 1905. Sebuah tasik kemudiannya terbentuk hasil dari limpahan air yang banyak. Disebabkan tasik ini kini tidak mempunyai saluran masuk atau keluar, ia terus menerus meresap garam dari pasir di sekitar sehingga terlalu masin. Tasik ini 30% lebih masin dari lautan Pasifik.

sumber

Tidur Waktu Petang Dan Pagi Boleh Memudaratkan Menurut Islam

Tidur Waktu Petang

Dapatan kajian yang disampaikan oleh salah seorang anggotanya Dr. Alyssa Cairns pada Associated Professional Sleep Societies di Minneapolis terhadap 738 kanak-kanak yang berusia dua tahun ke atas mendapati mereka yang tidur lewat petang terbukti sukar untuk tidur malam dan gagal memainkan puzzle dan kemahiran organisasi. Akibat kebiasaan tidur di lewat petang mereka akan lewat tidur 39 minit berbanding dengan rakan sebaya yang tidak tidur.
Sedangkan tidur yang paling bermanfaat adalah tidur di saat yang sangat diperlukan tidur (sangat ngantuk). Demikian juga, tidur di awal malam lebih bermanfaat dari pada tidur di akhir malam. Tidur di tengah hari lebih bermanfaat daripada tidur petang. Apabila tidur antara lewat petang dan waktu maghrib, maka manfaatnya akan semakin berkurang dan memudaratkan.


Apalagi tidur di waktu Asar (atau sesudah solat Asar) dan tidur di awal siang, kecuali bagi yang malamnya tidak tidur. Selain itu, waktu-waktu yang dimakruhkan untuk tidur adalah waktu antara sesudah solat subuh dan terbitnya matahari. Secara ringkas, tidur yang paling bermanfaat adalah tidur selama setengah malam yang pertama dan seperenam yang terakhir, kira-kira lapan jam.
Inilah tidur yang perlu menurut para doktor. Kurang dan lebihnya waktu tidur dari lapan jam akan menimbulkan ketidak seimbangan pada badan. Tidur menjadi sesuatu intipati dalam kehidupan kita kerana dengan tidur, kita menjadi segar kembali. Tubuh yang letih, urat-urat yang mengerut dan otot-otot yang diguna untuk bekerja seharian boleh meremaja semula melalui tidur. Tidur menjadi sesuatu yang intipati dalam kehidupan kita. 


Ada dua waktu tidur yang tidak disarankan oleh Rasulullah

1. Tidur di pagi hari setelah solat subuh

"Termasuk hal yang makruh bagi mereka yang orang soleh adalah tidur antara solat subuh dengan terbitnya matahari, kerana waktu itu adalah waktu yang sangat berharga sekali. Terdapat kebiasaan yang menarik dan agung sekali mengenai pemanfaatan waktu tersebut dari orang-orang soleh, walaupun mereka berjalan sepanjang malam mereka tidak akan berehat pada waktu tersebut hingga matahari terbit.Ia adalah awal hari dan sekaligus sebagai kuncinya. Ia merupakan masa turunnya rezeki, adanya pembahagian, turunnya keberkatan dan mengembalikan segala kejadian hari itu atas kejadian masa yang mahal tersebut. Oleh itu tidurnya pada saat seperti itu seperti tidurnya orang yang terpaksa "(Madaarijus-Saalikiin 1/459).


2. Tidur sebelum solat Isyak


Diriwayatkan dari Abu Barzah radlyallaahu 'anhu: "Bahawasannya Rasulullah shallallaahu' alaihi wasallam membenci tidur sebelum solat isyak dan berbual selepas" (HR. Bukhari 568 dan Muslim 647). Beberapa ulama menjelaskan, sebab dibenci tidur malam sebelum isyak adalah boleh menyebabkan tidak menunaikan solat isya 'pada waktunya. 


Akibat terlalu banyak tidur:


1. Banyak tidur akan mematikan hati.
2. Menambah berat badan.
3. Menghilangkan manfaat masa.
4. Menimbulkan kemalasan.
5. Banyak tidur ini hukumnya sangat makruh.
6. Banyak tidur juga akan membahayakan badan dan tidak bermanfaat bagi badan.


Bapa amuk kelar mati anak

Foto
BANGI: Seorang bapa yang dipercayai mengalami masalah mental mengelar mati seorang anak perempuannya berusia 7 tahun manakala dua lagi parah ditetak suspek di rumah mereka di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, di sini, petang tadi.
Kejadian jam 4.15 petang itu disedari seorang anak perempuan mangsa yang baru pulang dari sekolah sebelum mendapati bapanya sedang memegang parang di ruang tamu rumahnya.

Difahamkan, suspek yang berusia 44 tahun itu kini bekerja sebagai pendawai sambilan selepas berhenti kerja dua tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, dalam kejadian itu salah seorang anak perempuannya baru pulang dari sekolah agama sebelum mendapati bapanya sedang memegang parang dengan kesan darah.
Foto
SUSPEK yang cedera dibawa ke hospital. FOTO Ihsan pembaca

"Anak perempuan berusia 15 tahun ini kemudian berlari ke tingkat atas memberitahu abangnya berada di dalam bilik sebelum mengunci pintu dan menghubungi polis.

"Apabila pihak polis tiba di lokasi mendapati suspek sudah melarikan diri," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, tadi.

Beliau berkata, siasatan di dalam rumah berkenaan menemui seorang anaknya putus jari di ruang tamu. 

"Pemeriksaan lanjut di dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah ini menemui mayat kanak-kanak in dengan kesan kelar di leher" katanya.

Menurutnya, suspek berjaya dimui di sebatang sungai kira-kira 300 meter berhampiran.

2 beradik terlampau tidak serik masih berkhalwat


Tidak pernah serik! Dua beradik yang sebelum ini pernah ditangkap berkhalwat bersama lima lelaki di dalam sebuah bilik hotel sekali lagi dicekup penguat kuasa selepas didapati tinggal sebumbung dengan seorang peniaga, kelmarin.

Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral dua beradik yang masing-masing berusia 15 dan 18 tahun itu menerima padah apabila diarahkan menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas dua beradik berkenaan  mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Dua beradik itu bersama seorang lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai peniaga mengaku bersalah melakukan khalwat di dalam sebuah rumah di Kondo Rakyat, di sini, 27 Januari lalu.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai dan anggota membuat serbuan di rumah berkenaan kira-kira jam 10.45 pagi.

Ketika sampai, pintu rumah serta tingkap berkunci sebelum dibuka seorang lelaki dan hasil pemeriksaan, mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram.

Sebelum ini, satu waran tangkap dikeluarkan mahkamah bagi menahan dua beradik itu selepas keduanya gagal hadir ke mahkamah.

Kedua mereka sebelum ini turut didakwa melakukan khalwat bersama lima lelaki berusia antara 19 hingga 22 tahun di dalam sebuah bilik hotel, di sini, kira-kira jam 2.30 pagi pada 7 Jun 2013.

Bagi setiap pertuduhan, Kamalruazmi mengarahkan dua beradik berkenaan menjalani hukuman enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor, bagaimanapun beliau membenarkan hukuman itu berjalan serentak.

Dua rakan lelaki tertuduh masing-masing berusia 19 dan 21 tahun sudah pun menjalani hukuman sementara satu waran tangkap dikeluarkan terhadap tiga lagi tertuduh selepas gagal hadir ke mahkamah.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan Terengganu.

sumber

Kereta Terjunam dari tingkat 4

KOTA KINABALU: Seorang lelaki parah apabila kereta Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh dinding konkrit sebelum terjatuh dari tingkat empat bangunan letak kereta di sebuah pusat beli belah di Kompleks Asia City, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi tadi
Mangsa berusia 50-an ditemui dalam keadaan tersepit namun berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Kinabalu sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan patah tangan kiri namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Foto
MANGSA berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. FOTO Mohd Adam Arinin