Pages

Sunday, February 2, 2014

Kamera tersembunyi di kesan di tandas wanita Hospital Bentong

3 kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam
3 kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam

Kuantan: Tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang meletakkan tiga kamera tersembunyiberbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 sentimeter di tandas kakitangan wanita Hospital Bentong, baru-baru ini, berkemungkinan didalangi orang dalam.
Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, tandas berkenaan yang berada di bahagian unit rawatan kecemasan hanya boleh digunakan oleh kakitangan hospital saja malah orang awam tidak dibenarkan sama sekali memasukinya bagi mengelak kesesakan atau mengganggu privasi doktor atau jururawat yang bertugas.
Katanya, perbuatan meletakkan kamera di bawah sinki dan berbentuk penyangkut baju disedari apabila seorang kakitangan wanita hospital ternampak cahaya merah seolah-olah sedang merakam gambar.

Nyaris Berz1na Dengan Bapa Mertua

Satu keluarga di sini bergaduh besar gara-gara seorang isteri yang bertindak curang terhadap suaminya mengadakan temu janji dengan lelaki yang hanya dikenalinya menerusi Internet.Pergaduhan antara keluarga itu berlaku di bandar di timur laut China ini kerana kekasih gelap wanita berkenaan ialah bapa mentuanya sendiri.

Selepas beberapa bulan menjalinkan hubungan dengan lelaki itu yang tidak disedarinya adalah bapa suaminya, Lili, 28 dan Wang Pai, 57, mengatur pertemuan di sebuah hotel.Masing-masing tidak mengenali satu sama lain di alam maya kerana kedua-duanya menggunakan nama samaran.

Tanpa disedari, suami wanita itu yang juga anak lelaki berkenaan, Wang Jai yang mengesyaki kecurangan isterinya mengekori Lili ke hotel berkenaan.Di situ, Wang Jai melihat isterinya memasuki sebuah kamar hotel dan menukar jubah mandi ungu sebelum menekan loceng kamar sebelah.

Apabila melihat yang bapanya sendiri membuka pintu Wang Jai hilang akal dan menyerang isteri dan juga bapanya.Kakitangan hotel terpaksa menelefon polis bagi menghentikan pergaduhan antara anak dengan bapa itu.

Menurut Wang Pai, dia menjalinkan hubungan dengan wanita itu tanpa menyedari dia menantunya. Dia menggunakan gambarnya ketika muda sementara wanita itu mengguna gambar rakannya.“Kami bersetuju untuk menjalinkan hubungan asmara. Tetapi apabila membuka pintu, saya terkejut dan dia juga terperanjat. Dia berpusing dan lari ke tangga, terus kepada anak saya yang mengintip kami.

“Suaminya menjerit seperti hilang akal dan menyerang saya.Sementara itu, polis menahan Wang Jai selepas dia menumbuk isterinya hingga dua gigi Lili patah dan menyebabkan kecederaan kepada bapanya.

sumber

Rentung dalam bengkel motosikal

Foto
Slim River: Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran sebuah bengkel motosikal di Jalan Taylor Slim Village di sini, petang tadi.
Dalam kejadian jam 1.50 petang itu, mangsa Chua Yim Heng, 49, dijumpai pasukan bomba ditingkat dua bangunan rumah kedai terbabit selepas dipercayai gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran itu, manakala adik kembarnya Chua Yim Peng, 49, yang juga pemilik premis berjaya menyelamatkan diri. 

Kebakaran dipercayai berpunca dari api tempat sembahyang yang diletakkan di kawasan bengkel di tingkat bawah, namun pihak bomba masih menyiasat punca sebenar kejadian.

Pasukan bomba terdiri daripada 16 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River mengambil masa kira-kira dua jam bagi mengawal api dari merebak ke bangunan berhampiran dan memadamkan api sepenuhnya pada jam 4 petang tadi.

Padah cium anak dara orang

KOTA BHARU: Gara-gara disyaki mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun, dua remaja lelaki cedera dipukul sekumpulan lelaki di Taman Desa Kemumin, Padang Tembak di sini semalam.

Ketua Daerah Polis Kota Baharu ACP Azham Othman berkata kejadian pada 6 pagi itu menyebabkan kedua-dua remaja cedera di kepala dan badan dipercayai dipukul dengan batang besi. 

"Dua remaja itu, yang sedang berehat di sebuah rumah, dikejutkan dengan kedatangan enam lelaki yang bertindak menyerang mangsa secara bertubi-tubi di bahagian kepala serta badan.

"Mereka kemudian turut dibawa kumpulan lelaki berkenaan ke sebuah rumah lain sebelum dipukul dengan besi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azham berkata siasatan awal mendapati dua remaja itu dipukul setelah disyaki mencabul pelajar berkenaan hari yang sama di sebuah rumah di Pengkalan Chepa pada 2 pagi. 

"Sebelum kejadian, dua remaja itu telah membawa pelajar berkenaan untuk keluar dengan menaiki kereta sebelum bertindak membawa gadis itu ke sebuah rumah seorang daripada remaja berkenaan. 

"Seorang daripada remaja itu bertindak menarik tangan gadis itu masuk ke dalam rumah sebelum bertindak membuka baju pelajar itu menyebabkan baju gadis tersebut terkoyak, selain cuba menciumnya," katanya. 

Azham berkata bagaimanapun, remaja berkenaan kemudian melepaskan gadis itu dan menghantar mangsa balik semula ke rumahnya. 

"Pelajar perempuan itu turut membuat laporan polis mengenai kejadian cabul yang menimpa dirinya pada hari kejadian," katanya. 

Kedua-dua remaja kini ditahan reman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. 

Polis turut mencari kumpulan lelaki yang memukul dua remaja itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.