Pages

Monday, February 3, 2014

Gambar sekitar perkahwinan Safiq Rahim & Zandra Aziela


Gambar perkahwinan Safiq Rahim & Zandra Aziela - Tahniah kepada pemain bolasepak Johor Darul Takzim, Safiq Rahim yang baru sahaja selamat bergelar suami kepada ratu boling kebangsaan, Zandra Aziela beberapa jam lepas.

Semoga ikatan perkahwinan mereka berdua akan kekal hingga ke hujung usia dan nyawa. Memandangkan Safiq Rahim dan Zandra Aziela adalah atlet negara, maka diharap kebahagian yang bakal dirasai sebagai suami isteri mampu meningkatkan lagi prestasi kedua-dua mereka dalam sukan masing-masing.

Secara jujur, admin sedikit terkejut dengan pernikahan mereka hari ini. Mungkin kerana telah terlepas pandang bila tarikh mereka sepatutnya bernikah. Apapun, mari layan lagi beberapa keping gambar sekitar pernikahan Safiq Rahim dan Zandra Aziela.




Wajah muda ibu Emma Maembong kini didedahkan


Wajah muda ibu Emma Maembong kini didedahkan - Hari pertama tahun 2014, dunia hiburan tempatan sedikit gempar dengan penyebaran gambar-gambar wajah ibu kandung pelakon Emma Maembong ketika masih muda.

Orangnya memang cantik dan menawan dikenali dengan nama Janet dan berasal dari Scotland. Jadi, apakata layan beberapa keping gambar wajah sebenar ibu Emma Maembong. Memang sebiji wajahnya dengan Emma.





Apa Yang Dimaksudkan Cinta 'High Class'













السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Arini nak share video untuk peringatan kepada kita semua, moga bermanfaat.. 


lihat video.https://www.youtube.com/watch?v=GkQMaWyvXPo#t=70


Tiga maut, dua parah

PERMAISURI: Tiga terbunuh dan dua parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 48 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Kampung Bari, Sungai Tong, dekat sini, pagi tadi.
Mangsa yang terbunuh dikenali Mohd Farham Mohd Fisol, 16, pelajar Sekolah Menengah Imtiaz (SMI) Kemaman, Wan Nor Azeen Wan Ghazali, 24, pelajar Universiti Malaysia Pahang dan Rokiah Ab Rahman, 69.
Sementara mangsa yang cedera ialah pemandu kenderaan pelbagai guna Toyota Innova Mohd Fauzi Ibrahim, 46, serta tiga penumpang yang juga pelajar SMI Kemaman iaitu Husna Mardhiyah Mohd Fauzi, 15, Mohd Shakir Mohd Fauzi, 17, dan Mohd Faiz Mohd Fisol.

Seorang lagi penumpang kereta Proton Wira, Wan Nor Sofiana Wan Gazali, 15, dari Kampung Laut, Tumpat, Kelantan pula parah.
Foto

Pemandu dan penumpang kereta Proton Wira, Wan Nor Azeen dan ibunya Rokiah maut di tempat kejadian manakala Mohd Farham mati di Hospital Setiu.

Kejadian kira-kira jam 7.30 pagi berlaku ketika kereta Proton Wira yang dipandu Wan Nor Azeen melanggar seekor babi hutan dan terbabas ke kanan jalan serta bertembung dengan kenderaan pelbagai guna Toyota Innova dan sebuah lagi kereta Perodua Kelisa.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamad berkata, kejadian berlaku ketika kereta Perodua Kelisa yang dipandu Mohd Fauzi Usop dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu manakala kereta Proton Wira yang dinaiki tiga penumpang dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu.

Menurutnya, kenderaan pelbagai guna Toyota Innova pula dalam perjalanan dari dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu.

Katanya, pemandu dan penumpang kereta Proton Wira maut di tempat kejadian manakala seorang daripada lima penumpang kenderaan pelbagai guna Toyota Innova mati di Hospital Setiu.

Beliau mengingatkan semua pemandu Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di kawasan kejadian supaya berhati-hati kerana keadaan di situ sering berkabus di waktu pagi serta jarak penglihatan agak kabur.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jalan Paling Gila Dan Menakut Di China(GAMBAR)

Heaven-Linking Avenue, juga dikenali sebagai Big Gate Road, di Gunung Tianmen di Hunan, China telah dikenali sebagai jalan "paling berbahaya" di China. Bermula dari 200 meter di bawah paras laut jalan bas mencapai 1300 meter di atas paras laut menjadikan jumlah 99 selekoh maut sepanjang jalan. Ianya mengambil masa selama lapan tahun untuk di selesai dengan kerja bermula pada tahun 1998, dan tamat pada tahun 2006.

Jika jalan raya adalah sedikit terlalu menakutkan untuk anda, terdapat satu alternatif. Sebuah kereta kabel dari Bandar Zhangjiajie ke puncak Gunung Tianmen. Cableway adalah 7455 meter panjang yang menjadikan ia sebagai keperluan rakyat Cina, laluan atau talian kabel yang terpanjang di dunia.






10 Janji Allah SWT Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin


Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orang apabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?

Nak tahu sama ada seseorang itu pandai menipu atau tidak? Gunakan tips ini!


Ada orang memang pakar menipu dan ada orang yang memang tak pandai menipu. Memang dah norma manusia, setiap kita ni pernah menipu. Mengaku sajalah yang korang pun pernah menipu..sebenarnya ada cara mudah untuk mengetahui sama ada seseorang itu pandai menipu atau tidak. 

Tengok saja video ringkas di bawah ini.http://www.youtube.com/watch?v=yRAmvLV_EmY

Mamat botak kat dalam video tu suruh korang angkat jari telunjuk pada tangan dominan. Then letak kat dahi korang...then tulis huruf Q..then lihat arah mana ekor huruf Q itu ditulis..kiri atau kanan.

Kalau menghala ke kiri..maknanya korang ni pandai menipu. Kalau ke kanan, maknanya korang ni cepat sangat kedapatan menipu..Jadi kalau anda nak tahu kawan anda tu selalu menipu atau tidak...suruh saja dia tulis huruf Q di dahinya.

Menipu memang tidak baik..tapi kekadang kita kena menipu juga bila sesuatu keadaan itu memaksa kita untuk membuat helah..jadi kesimpulannya, kalau nak menipu..agak-agaklah sikit..orang lain mungkin tak tahu kita menipu..tapi Tuhan tahu.. :)



6 Perkara yang Allah SWT rahsiakan kepada orang mukmin


http://www.mika2eel.com/awrad/awrad-al-tahsin/imageshow76.jpg

Umar R.A. berkata :

 Allah SWT menyembunyikan enam perkara dalam enam perkara iaitu :

1- Allah SWT menyembunyikan keredhaanNya  pada mereka yang taat kepada Nya.

2- Allah SWT menyembunyikan murka Nya  pada mereka yang melakukan kemaksiatan kepada Nya.

3- Allah SWT menyembunyikan malam Lailatul Qadar  pada bulan Ramadhan.

4- Allah SWT menyembunyikan Para Wali yang diutuskan dikalangan manusia.

5- Allah SWT menyembunyikan masa dan tarikh  tibanya kematian  dalam umur manusia.

6- Allah SWT menyembunyikan amalan sunat yang diterimaNya dalam amalan sunat lima waktu.

sumber

Ke Neraka Kerana Seekor Lalat

Ke Neraka Kerana Seekor Lalat


Rasulullah shalallahu ' alaihi wa sallam bersabda:
"Ada seseorang masuk syurga kerana seekor lalat dan masuk neraka kerana seekor lalat pula"
Para Sahabat bertanya "Bagaimana boleh terjadi demikian, wahai Rasulullah?"
Beliau menjawab "Terdapat dua orang yang berjalan melewati suatu kaum yang mempunyai berhala, tidak seorang pun dibenarkan melewati berhala itu sebelum memberikan sesuatu.
Mereka berkata kepada salah seorang dari kedua lelaki tersebut, "Berikanlah korban kepada berhala itu! "Dia menjawab" Aku tidak mempunyai apa-apa untuk berkorban." Mereka berkata lagi, "Berikanlah korban sekalipun dengan seekor lalat. "Kemudian dengan seekor lalat itu, dia memberikan korban dan mereka dibenarkan meneruskan perjalanannya. Kerana perbuatannya itu, dia kemudian masuk neraka!
Kemudian mereka berkata kepada yang seeorang lagi, "Berikanlah korban!" Orang yang kedua ini menjawab, "Aku tidak akan berkorban sedikitpun kecuali kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Kemudian dia memenggal leher orang itu dan dia masuk syurga . "
(HR. Ahmad)

Hebatnya Islam di Amerika


http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2014/01/4da61-billboardkampanyeislamdimichigan-onislam.jpg?w=500


Muslim Amerika Serikat (AS) meningkatkan arus mempromosikan Islam di sejumlah kota. Di Michigan, mereka meluncurkan billboard baru untuk mempromosikan Islam. Mereka juga memanfaatkan di akhbar, iklan radio dan televisyen.

“Apa itu Islam? Siapakah Muslim?” demikian pesan singkat yang tertulis besar pada billboard baru di Michigan.

Di bawah dua pertanyaan tersebut, dicantumkan nombor telefon untuk dihubungi. Selain melayani konsultasi, telepon tersebut juga menyediakan mushaf Qur’an gratis bagi warga Amerika yang menginginkannya. Tak ketinggalan, sebuah situs yang beralamat di gainpeace.com ditulis di bagian bawah untuk memudahkan warga mengakses Islam secara online.

Promosi yang ditaja oleh Islamic Circle of North America itu telah menerima umpan balik positif sejak diluncurkan.

“Tidak hanya teman-teman Kristen yang menelepon, teman-teman Yahudi juga menghubungi kami,” kata Ahmed dikutip dari OnIslam, Selasa (28/1).

“Kami juga sudah memiliki beberapa orang atheist yang menelefon, dan mereka ingin tahu siapa yang melakukan hal ini, dan mereka ingin terlibat dengan kami tentang membahas topik dalam Islam,” imbuhnya.

Di Chicago, kampanye serupa tak kalah maraknya. Selain memanfaatkan billboard, sekitar 105 bus dan 275 kereta api akan membawa iklan kampanye Islam. Iklan raksasa akan ditampilkan di luar dan di dalam bus. Sedangkan di kereta api, iklan hanya akan ditampilkan di dalam. 

Perkara Perlu Dielakkan Di Facebook Dan Twitter

10 Perkara Perlu Dielakkan Semasa Menggunakan Facebook Dan Twitter

1. Mendedahkan Tarikh Lahir
2. Mendedahkan Nama Ibu
3. Mendedahkan Alamat Rumah
4. Mendedahkan Ketiadaan Di Rumah
5. Memuatnaik Gambar Sulit
6. Pengakuan Rasa Yang Melampau
7. Mendedahkan Telefon
8. Countdown Percutian
9. Mendedahkan Kedudukan Terkini
10. Memuatnaik Gambar Dalam Rumah


[ Gambar ] Anak Khairul Fahmi selamat di lahir kan - Tahniah !

Penjaga gol Bolasepak Kelantan dan Malaysia Khairul Fahmi Che Mat selamat menimang cahaya mata nya hari ini.



Isteri nya Leuney selamat melahirkan bayi mereka hari ini, Tahniah dari admin untuk Apex dan Uny.


sumber

Ajal bawah konkrit

Tumpat: “Kami berkumpul sekeluarga untuk mengadakan kenduri sempena kami masuk ke rumah baru dan menyambut Maulidur Rasul, tetapi ia bertukar menjadi majlis tahlil.
“Allahyarham ketika itu kelihatan biasa bermain dengan sepupunya tidak jauh daripada pandangan saya apabila secara tiba-tiba kami terdengar benda jatuh menyebabkan semua orang tergamam.
“Dalam keadaan kelam-kabut itu, kami dapati Allahyarham dihempap dinding konkrit yang runtuh itu dan berlumuran darah,” kata Fadzilah Mahmad Wi, 35, ibu saudara kepada Muhammad Amirul Haikal Mohd Nor, 6, yang maut ditimpa dinding konkrit sisa kebakaran rumah nenek setinggi kira-kira dua meter di hadapan rumahnya di Kampung Geting, di sini, Jumaat lalu.

Ketika kejadian, dia berada di rumah baru nenek bersama beberapa ahli keluarga dan sempat melihat mangsa bermain di tempat kejadian.
Foto
SUHAINI menunjukkan gambar Muhammad Amirul (dalam bulatan) yang maut dihempap konkrit.

Menurutnya, suasana kemudian bertukar kelam-kabut apabila terdengar bunyi objek berat itu jatuh sebelum menyedari mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan terhimpit di bawah dinding konkrit berkenaan.