
Alor Gajah: Seorang pengutip buah kelapa sawit maut selepas PERODUA Kancil dipandunya melanggar tiang elektrik di Gadek, di sini petang semalam.
Dalam kejadian jam 1.15 petang, mangsa Muhammad Hadzlin Md Dedrus, 21, yang memandu dari arah Gadek dipercayai hilang kawalan apabila di tempat kejadian.
Kenderaan mangsa berpusing beberapa kali sebelum merempuh tiang elektrik di tepi jalan.
Berikutan rempuhan itu mangsa maut di tempat kejadian dan mayatnya yang tersepit di tempat duduk pemandu dikeluarkan anggota bomba.
No comments:
Post a Comment