Pages

Monday, January 27, 2014

Teknik Pelik Guna IKAN Asingkan Kuning telur?

 Dihasilkan oleh syarikat reka bentuk yang berpusat di Tel Aviv, Peleg Design, Yolkfish adalah alat dapur pintar yang direka seperti ikan yang memakan kuning telur, sebagai cara untuk memisahkan kuning telur daripada putih telur.
  

  Kuning telur kemudian boleh disimpan di tempat lain dengan cara yang lemah lembut tanpa merosakkan kuning telur tersebut .



Untuk lebih jelasnya, lihat dalam aksi asingkan kuning telur  dalam video berikut .


GAMBAR SELFIES PALING EXTREME (16 GAMBAR)

Because planking is lame dan selfie biasa terlalu mainstream.




MANUSIA ibarat seperti satu BOTOL!!



Manusia ini ibarat seperti satu botol..

Botol yang sama kalau diisi air mineral, harganya RM1.. Kalau diisi jus, harganya jadi RM10.. Kalau diisi Madu Yaman, akan jadi RM200.. Kalau diisi minyak wangi oud, akan jadi RM1000..

Kalau diisi air longkang, akan dibuang ke dalam tong sampah kerana langsung tidak berharga dan tiada siapa yang suka..

Botol yang sama tetapi harganya berbeza sebab isi di dalamnya berharga.. Manusia semua sama, yang membezakannya adalah iman dan amal dalam dirinya yang akan menyebabkan dia berharga di sisi ALLAH.. Atau dia dipandang hina oleh ALLAH lalu dibuang dalam Neraka..

sumber

10 Golongan Solatnya tidak Diterima Allah

10 Golongan Solatnya tidak Diterima Allah

Sabda RasulullahSAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”.
Terdapat Hadis Rasulullah saw juga mengatakan bahawa terdapat 10 golongan manusia yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT iaitu :
  1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

  2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

  3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

  4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

  5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

  6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

  7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

  8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

  9. Orang yang suka makan riba.

  10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
sumber

3 GAMBAR - Aksi terlampau remaja berpurdah berciuman mesra

Baru-baru ini heboh sepasang remaja yang dipercayai pasangan kekasih sedang melakukan maksiat di tepi sungai sebuah negeri di pantai timur.

Lebih mengejutkan remaja perempuan itu memakai purdah yang menutup aurat.

Pasangan ini tidak dipastikan sama ada sudah berkahwin atau belum. Namun, aksi sebegini tidak sepatutnya berlaku di tempat awam.





Putus tangan, motosikal dirempuh kereta



Hasrat tiga beradik untuk berbelanja di pasar raya berakhir dengan tragedi apabila mereka cedera parah termasuk salah seorang daripadanya putus tangan dan hancur paha serta kaki selepas terbabit dalam nahas, malam kelmarin.

Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 8 malam di Kilometer 132 jalan pintasan Kuala Terengganu – Kuantan di hadapan Pasar Raya Besar Giant Kijal.

Ketika kejadian, mangsa, Mohd Isma Nizam Razali, 15, bersama adik-adiknya, Mohd Firdaus, 14, dan Mohd Izzat, 4, dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Meraga Beris menuju ke pasar raya dengan menaiki sebuah motosikal jenis Modenas Kriss.

Bagaimanapun, semasa tiba di lokasi kejadian dipercayai sebuah kereta Honda Civic dari arah bertentangan cuba memotong kenderaan di hadapannya namun, cubaan itu gagal sebelum bertembung dengan motosikal yang dinaiki tiga beradik itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, akibat perlanggaran itu, ketiga-tiga mangsa tercampak ke atas jalan menyebabkan Mohd Isma putus tangan kanan dan lebih perit, kaki dan paha kanan mangsa turut hancur.

Katanya, Mohd Firdaus pula mengalami patah tangan kanan dan kaki kanan sementara Mohd Izzat mengalami pendarahan pada bahagian kepala.

“Pemandu kereta yang berusia 31 tahun dan juga beralamat di Kampung Meraga Beris, turut mengalami kecederaan kerana matanya dimasuki serpihan kaca kesan cermin kereta hadapan yang pecah.

“Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Kemaman, namun Mohd Isma dan Mohd Izzat dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, ketika dimasukkan ke hospital, keadaan Mohd Isma kritikal dan doktor turut mengesahkan kemungkinan kaki kanan mangsa terpaksa dipotong.

Kata Che Suza, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


sumber

Dilarang Untuk Kita Menuntut Ilmu Dari Empat Jenis Manusia Ini



Pembaca yang dirahmati oleh Allah subhana wa ta'ala. Penting bagi kita memahami ilmu dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim. Ibnu Sirrin berkata sesungguhnya ilmu itu akan menjadi agama bagi kita, maka berhati-hatilah dari siapa kita mengambil ilmu yang akan menjadi agama.

Imam Malik rahimahullah berkata, ada empat orang dimana kita dilarang mengambil ilmu dari mereka.

Pertama, jangan mengambil ilmu dari orang yang jelas kebodohanya. Mereka ini suka bercakap tanpa asas dan pengetahuan.

Kedua, Jangan mengambil ilmu dari orang yang suka mengikuti hawa nafsunya. Orang seperti ini biasanya hanya menggunakan ilmu sesuai dengan kepentingan hawa nafsu.

Ketiga, jangan mengambil ilmu dari orang yang suka berbohong. Walaupun dia tidak suka mendustakan Rasulullah shalallahu 'alaihi wassalam. Mengapa demikian? ketahuilah bahawa sifat suka berbohong adalah intipati dari semua dosa.

Keempat, jangan mengambil ilmu dari orang-orang yang tidak faham apa yang dia sampaikan.

Peringatan yang disampaikan oleh Imam Malik itu penting untuk kita catat kan. Terutamanya dalam urusan aqidah dan syariah walaupun pada keadaan yang lain ini juga boleh berlaku untuk hal-hal yang bersifat umum dan muamallah.

sumber

Harta Berharga Bagi Seorang Isteri



Bagi seorang wanita, harta yang paling berharga di dalam hidup ini adalah seorang suami yang soleh. Kepadanyalah, seorang isteri akan merasakan kebahagian di dalam hidupnya dan di Akhirat kelak. Keberuntungan yang akan diterima seorang isteri, jika dia menyakini hidupnya, memberikan segala cinta, perhatian, dan kasih sayangnya kepada suami yang soleh. Kerana pada diri si suamilah, seorang isteri akan mendapatkan apa yang didambanya; Ketenangan, keteduhan, kedamaian, perlindungan dan cinta serta sayang.

Suami yang soleh adalah seorang yang dapat membahagiakan isteri dan anaknya, serta keluarganya baik di dunia ini ataupun di Akhirat kelak. Seorang suami yang soleh tidak akan memberi makan isteri dan anak-anaknya kecuali dengan harta yang halal.

Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu menjaga amanah yang diberikan kepadanya. Dan isteri adalah amanah yang diberikan kepada seorang lelaki yang menjadi suaminya.

Suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu memperlakukan isteri dan anaknya dengan sifat-sifat yang terpuji, seorang suami yang soleh akan selalu memperlakukan isterinya dengan sabar; sabar dengan setiap kesalahan-kesalahan isterinya, dan memperlakukan isterinya dengan kelembutan dan penuh maaf saat isteri dipenuhi dengan emosi dan kemarahan.

Suami yang soleh adalah suami yang mampu menjadi pemimpin di dalam rumah tangganya. Seorang suami bagaikan pemerintah di dalam rumah tangganya, seorang suami yang soleh adalah yang mampu memperhatikan hak dan kepentingan rakyatnya di dalam pemerintahan yang dipimpinnya, iaitu isterinya.






Seorang suami yang soleh akan selalu mampu bersikap bijaksana di dalam tindakannya, menghargai pendapat isterinya, dan jika terjadi perbezaan pendapat dengan isterinya, dengan sikap terpuji dan penuh cinta kasih menghargai pendapat sang isteri, serta mencari titik temu bersama dalam kerangka yang diperintahkan oleh Allah dan mejauhi segala yang dilarang oleh Allah.

Seorang suami yang soleh akan selalu mampu menjadi teladan terpuji buat isteri dan anak-anaknya. Mampu menumbuhkan kebiasaan-kebiasaan yang baik, dan mendidik diri, isteri, dan anak-anaknya untuk menapak di jalan-jalan yang menuju keredhaan Allah.

Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat dirinya, isterinya dan anak-anaknya mencintai ilmu, menguasai ilmu dan mampu mengamalkannya, menjadikan ilmu yang diperolehnya itu bermanfaat bagi bangsa, negara, dan agamanya.

Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat isterinya dan anak-anaknya tumbuh, dan berkembang menjadi peribadi yang luar biasa serta menapak tangga-tangga kejayaan di dunia ini dan Akhirat kelak.

Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang akan selalu menjaga isteri dan anaknya dari api neraka…
- See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2014/01/harta-berharga-bagi-seorang-isteri.html#sthash.8wJK0ZEf.dpuf
sumber

ANAK PEREMPUAN ARNOLD SCHWARZENEGGER (6 GAMBAR)

Ini ialah Katherine Schwarzenegger. Not bad. 



15 FILEM MALAYSIA TERLAKU SEPANJANG 2013

Senarai 15 filem yang menerima kutipan tertinggi sepanjang 2013. Tertinggi tak semestinya menguntungkan!












Gambar Lembu Di Panah Petir Ketika Berteduh Bawah Pokok



Inilah sebabnya mengapa tidak baik untuk berteduh di bawah pokok ketika keadaan hujan atau belaku ribut petir, dan anda boleh menjadi seperti lembu dalam gambar-gambar ini ... lembu-lembu ini berteduh ketika hujan di kala itulah kilat menyambar di tempat kejadian menyebabkan kesemuanya tumbang terkena renjatan kilat.





sumber

<!-- Start Backlink Code  --><a target="_blank" href="http://kedaibacklink.blogspot.com/"><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVZDC5dMl7ff8KfG5Jf7GGzwN7mw07nppeDYQWSCGy1sj3SM1990bKvOwmaf1vDOdYTIMkxGho6HfikL9yT2fssyQdynr3ustHwH6Lewqq5tVcN06BfrdE0ZnHBNduf0liean8iVYdEd6b/s1600/kedai_backlink.gif" title="Kedai Backlink" border="0" alt="Kedai Backlink,Backlink Percuma" /></a><!-- End Backlink Code  -->

Pegawai polis di dakwa rogol gadis dalam hotel






















Dirotan tanpa belas kasihan

Dirotan tanpa belas kasihan

JASIN  - Hanya kerana dituduh mengambil barang rakan sekelas, seorang murid tahun empat bukan sahaja dipaksa mengaku, malah turut dirotan beberapa kali dalam bilik darjah.

Mangsa, K John Francis, murid sebuah Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SKJT) di Simpang Bekoh, dekat sini mengalami kesan lebam pada tangan dan kaki setelah dirotan seorang guru.

Malah, Francis turut trauma apabila kejadian dia dirotan disaksikan rakan kelas termasuk adik kembarnya, Christoper yang berada di kelas sama.

Datuk mangsa, P Arokasamy, 63, berkata, dia hanya menyedari cucunya dirotan guru setelah melihat perubahan tingkah laku Francis dan keadaannya lesu sehingga hampir pengsan.

Menurutnya, Francis menceritakan dia dirotan dan dicubit di bahagian perut oleh gurunya kerana tidak mahu mengaku mengambil barang rakan sekelas.

"Ada beberapa rakan Francis datang melawatnya turut bercerita dia telah dirotan hampir di seluruh badan kira-kira setengah jam.

“Saya terkilan kerana guru terbabit menuduh cucu saya tanpa usul periksa dan menyuruh Francis mengaku dia mencuri sedangkan dia tidak berbuat demikian," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Francis berkata, dia segera ke sekolah berkenaan untuk memaklumkan perkara itu kepada guru besar, malangnya guru besar tiada pada waktu itu.

"Apabila saya minta nombor telefon guru besar, mereka tidak mahu memberikannya sehinggalah saya memberitahu akan membuat laporan polis berkenaan perkara itu, barulah saya dapat nombor telefon terbabit," katanya.

Arokasamy berkata, berikutan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Jasin, Khamis lalu sebelum Francis menjalani pemeriksaan di Hospital Jasin pada hari sama.

“Saya tidak marah sekiranya cucu saya dirotan untuk diajar, namun apa yang dikesalkan guru terbabit merotan tanpa belas kasihan.

“Sepatutnya dia perlu siasat terlebih dahulu sebelum menyuruh cucu saya mengaku dia mengambil barang itu,” katanya.

Tambahnya, dia sekeluarga terkilan apabila dua hari selepas kejadian itu, guru terbabit bersama guru besar baru datang ke rumahnya.

“Dia bagaimanapun tidak meminta maaf pada kami, malah langsung tidak bertanyakan tentang keadaan cucu saya," katanya yang juga telah memanjangkan kes cucunya di Pejabat Pelajaran Daerah Jasin.


sumber

Bagaimana Kenal Pasti Mesin ATM Yang Ada Alat Pengimbas Data


Baru-baru ni heboh berita tertumpasnya satu sindiket mencuri maklumat dan wang pengguna mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan menggunakan alat pengimbas data setelah polis berjaya menahan seorang lelaki warga Poland di pusat beli-belah Suria KLCC di sini.
Modus operandi sindiket tersebut ialah mencuri data daripada pelanggan mesin ATM melalui alatan pengimbas tersebut sebelum membuat kad klon mereka dan mengeluarkan wang di dalam akaun mangsa di luar negara.
Jadi di sini kami ingin kongsikan bersama anda bagaimana untuk mengenal pasti mesin atm yang ada alat pengimbas data atau dipanggil “ATM skimming device” dan langkah-langkah keselamatan semasa mengeluarkan wang di mesin ATM.
Apa itu ATM Skimming Device?
ATM skimming device adalah satu alat yang digunakan oleh penjenayah untuk menyalin data dari jalur magnetic kad ATM pengguna.
Alat ini selalunya bersaiz kecil dan diletakkan di mesin-mesin ATM tanpa disedari oleh pengguna.
Di mana hendak mengenalpasti alat ini di mesin ATM?



Mesin ATM normal
Penunjuk masuk kad yang berkelip dapat dilihat dengan mudah.
Kebanyakan alat pengimbas data akan menutup penunjuk masuk kad yang berkelip ini.


Mesin ATM yang ada alat pengimbas
Alat ini direka untuk kelihatan seperti sebahagian dari mesin ATM itu sendiri.
Penunjuk masuk kad yang berkelip tidak dapat dilihat dan tempat untuk memasukkan kad juga berbeza.


Contoh-contoh alat pengimbas data kad ATM yang dipasang di mesin ATM














Contoh-contoh alat perakam nombor pin kad atm yang dipasang di mesin ATM











10 Bandar dengan Kos Sara Hidup Paling Mahal di Malaysia



Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh The Malaysian Insider, berikut merupakan 10 tempat/bandar paling mahal di Malaysia dari segi kos sara hidup.
1. Pulau Pinang (bahagian pulau)
2. Bintulu, Sarawak
3. Paka/ Kerteh, Terengganu
4. Miri, Sarawak
5. Kuala Lumpur
6. Kuala Terengganu, Terengganu
7. Kuching, Sarawak
8. Klang
9. Labuan
10. Johor Bahru
Perkara yang dikaji pula adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga keperluan pendapatan minima untuk hidup sempurna.
Johor Bahru mencatatkan negeri ke 10 dengan kos sara hidup paling tinggi di Malaysia.
Dengan kadar sewa rumah serta harga rumah yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang agak mahal, seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang.

Seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang.
Ia dikira paling tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Turut mengiringi Pulau Pinang adalah bandar perindusrian Bintulu di Sarawak dan Paka di Terengganu.
Namun, harga barangan di Pulau Pinang jauh lebih rendah jika mereka tinggal di tanah besar iaitu di Seberang Prai. Mungkin kerana itulah ramai penduduk Pulau Pinang tinggal di tanah besar walaupun bekerja di pulau.
Mungkin ini juga menjadi punca kesesakan berlaku setiap hari di jambatan Pulau Pinang dan feri sehingga menyebabkan jambatan kedua terpaksa dibuat untuk disambungkan ke pulau Mutiara itu.
Harga sekilo ayam di pasar George Town adalah RM9 berbanding RM7.00 di Kuala Lumpur, RM6.50 di Klang.
Kadar sewa rumah juga tinggi di Pulau Pinang. Sebuah rumah teres satu tingkat tiga bilik di Tanjung ToKong disewa dengan kadar RM1,000 sebulan. Namun kadarnya lebih rendah di Batu Kawan atau Nibong Tebal yang boleh diperolehi sekitar RM500 sebulan.
Walau kos sara hidup agak rendah di Kuala Terengganu, namun harga barangan keperluan hariannya antara yang tertinggi berbanding bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia.
Harga ayam di Kuala Terengganu adalah RM7.50 sekilogram berbanding Kuala Lumpur RM7.00 dan Klang hanya RM6.50. Begitu juga harga ikan, walaupun Terengganu ramai nelayan, tetapi harga ikannya antara yang termahal, mungkin kerana kesegarannya.
Harga ikan kembong di pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu adalah antara RM10.00 ke RM15.00 sekilogram bergantung kepada kualiti ikan itu.
Namun oleh kerana kos sewa rumah dan jalan raya tanpa tol di Kuala Terengganu, ia menyebabkan kos hidupnya tidaklah terlalu tinggi. Dengan pendapatan RM2,500 sebulan, sebuah keluarga boleh hidup di Kuala Terengganu dengan memiliki sebuah kereta dan rumah sewa.
Namun di Paka dan Kerteh yang terletak di daerah Kemaman, kos sara hidupnya agak tinggi. Ini kerana kedua-dua bandar ini menjadi tempat tinggal pekerja industri gas dan petroleum. Ia memberikan kesan pahit kepada penduduk tempatan yang terpaksa bersaing untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan pekerja industri yang mempunyai pendapatan lebih baik berbanding mereka.
Keadaan sama berlaku di Sarawak, bandar Bintulu dan Miri yang menjadi pusat industri gas dan petroleum yang menjadikan penduduk bandar ini terpaksa menghadapi kos sara hidup yang tinggi.
Harga rumah di kawasan ini naik mendadak di samping harga barangan meningkat dengan ketara.
P/s; Menjelang tahun 2014 ini, sememangnya ia adalah tahun yang mencabar bagi rakyat Malaysia. Mana tidaknya dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, minyak, tol dan elektrik serta makanan adalah sebahagian utama keperluan rakyat Malaysia, ditambah pula dengan harga rumah yang semakin meningkat naik.
Adakah dengan mencari alternatif lain seperti bekerja sambilan mampu mengurangkan tekanan kos sara hidup yang dialami oleh rakyat?
Pada pendapat kami kerajaan perlulah mengurangkan atau tidak lagi menaikkan harga keperluan asas seperti minyak dan elektrik kerana ia memberi impak yang amat besar kepada seluruh penduduk Malaysia. Kerajaan juga perlulah mencari/merangka alternatif selain pemberian BR1M, ada lagi insentif lain yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat.


sumber

Fakta Sebenar Binaan Kota A Famosa,ANDA PASTI TIDAK AKAN MELAWATNYA


Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana asal usul Kota A Farmosa dan bagaimana ianya didirikan.

Bangunan yang sangat terkenal diseluruh dunia ini menjadi kemegahan rakyat Negeri Melaka dan menjadi tumpuan pelancong samada dari dalam dan luar negara saban tahun.Kota A Famosa yang kini menjadi tumpuan pelancong

Tetapi bagi mereka yang tahu asal usul bagaimana bangunan tersebut dibina mungkin tidak akan melawatnya dan mungkin juga akan membencinya terutama kepada mereka yang beragama Islam.

Mengikut sejarah seperti yang diceritakan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) Saudara A. Karim, A Farmosa adalah simbol kekejaman penjajah Kristian.

Beliau yang juga lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebelum melanjutkan pengajian ke Southern Illinois University Carbondale dan seterusnya di University of Illinois di Amerika Syarikat berkata, sejarah membuktikan bahawa dunia alam Melayu ditadbir dengan nilai-nilai murni Islam dan kekal aman hinggalah datangnya penceroboh yang menjatuhkan kerajaan Islam Melaka pada tahun 1511.

“Malah setelah kerajaan Islam di nusantara yang pertama jatuh ke tangan PENGGANAS Kristian Katolik, Raja Portugis ketika itu telah mengutuskan laporan kepada Pope Leo X bahawa tentera Salib telah mengalahkan tentera Islam.

“Betapa jahatnya PENGGANAS-PENGGANAS Kristian Katolik ini tercatat juga bagaimana tawanan perang yang mereka rantaikan dipaksa untuk memecah masjid-masjid dan kubur-kubur sultan-sultan Islam Melaka untuk diambil batu-batanya bagi membina simbol kekejaman Kristian yang boleh kita saksikan lagi hingga ke hari ini iaitu Kota A’Famosa.

“Jika tidak kerana usaha-usaha jahat para penganas Kristian Eropah yang datang menjajah dengan motif untuk mengaut segala kekayaan dari bumi Melayu sambil mencari kemegahan untuk membalas dendam atas kekalahan mereka dalam siri peperangan salib serta bersungguh-sungguh untuk menyebarkan agama mereka seperti mana yang disebut oleh para sejarahwan dengan istilah “Gold, Glory and Gospel” pasti dunia alam Melayu aman dengan ketinggian budaya ketimurannya.


“Jika tiada kerja-kerja jahat penganas Kristian Eropah yang mengimport pelbagai kaum mendatang dari luar alam Melayu sudah pastinya alam Melayu akan kekal aman dengan kegemilangan dan kehebatan tamadun Melayu yang menjadi pusat dagangan terbesar dahulu berurusan baik dengan para pedagang antarabangsa dalam suasana aman dan murni, katanya.