Pages

Wednesday, January 29, 2014

Dollah Salleh dikejarkan ke hospital



PENGENDALI PDRM FC, Dollah Salleh dilaporkan berada di Hospital Damansara kerana alami masalah jantung.

Difahamkan, kelibat Dollah berada di Wisma FAM petang tadi sebelum satu sumber berkata, beliau dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan.

sumber

Bront Palarae akui teruja bercinta dengan Maya Karin



Bront Palarae teruja bercinta dengan Maya Karin - Aktor terkenal, Bront Palarae mengakui sangat teruja bercinta dengan aktres cantik, Maya Karin dalam filem Sejoli.

Sebelum ini, mereka pernah berkerjasama dalam beberapa filem terdahulu namun tidak pernah digandingkan sebagai pasangan bercinta.

“Akhirnya saya dapat bercinta dengan Maya. Sebelum ini, kami hanya berkawan dalam lakonan dan inilah kali pertama saya dapat rasa bercinta dengan Maya.”

Dalam pada itu, Maya Karin turut mengakui lakonannya bersama Bront kali ini tidak memiliki sebarang masalah kerana mereka pernah digandingkan sebelum ini.

“Saya seronok dapat berlakon bersamanya tambahan pula kami memang berkawan di luar set. Jadi untuk dapatkan keserasian dalam hidupkan watak memang tidak ada masalah.”


sumber

DATUK YUSOF HASLAM ISU TERASA HATI DENGAN KUMPULAN JAMBU

datuk yusof haslam jadi bahan lawak jambu, gossip, hiburan, MLM 2013, pelawak,

Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM) kini hampir sampai ke kemuncaknya. Terbaru, selepas tersingkirnya SYJ,  hanya tinggal lima lagi peserta untuk mara ke final iaitu, Sepahtu, Shiro, Bocey, Jambu dan Nabil.

Disebalik kemeriahan MLM 2013, tindakan Yus (Jambu) yang sering ‘membahan’ salah seorang juri iaitu Datuk Yusof Haslam membuatkan ramai penonton tertanya-tanya tidakkah pemilik Skop Production itu terasa hati dengan tindakan Yus?

Datuk Yusof tampil menjelaskan hal ini. Ujar beliau yang dipetik dari Sinar Harian:-

    “Saya langsung tidak tersinggung dengan lawak Yus kerana kita berada dalam program lawak dan sememangnya itu adalah lawak. Sebenarnya saya dah tahu Yus pasti akan kenakan saya sebab sebelum ini dia pernah kenakan saya dan saya kenakan dia balik. Kita perlu menjadi seseorang yang matang dan tidak perlu mudah terasa serta melihat situasi dan keadaan ketika itu,” jelasnya.
datuk yusof haslam jadi bahan lawak jambu, gossip, hiburan, MLM 2013, pelawak,

Datuk Yusof juga menyifatkan kumpulan Jambu bijak menggunakan kesempatan kerana berjaya menarik hati audiens dan juri.

    “Mereka merupakan sebuah pasukan yang bagus dan mempunyai keserasian dan lawak mereka pada minggu lalu telah menghidupkan suasana,” katanya.

Selain itu, ditanya adakah beliau akan menjadi juri sekiranya diberi peluang untuk Maharaja Lawak Mega akan datang, Yusof berkata : “Memang pada mulanya saya menolak untuk menjadi juri pada MLM kali ini tetapi saya mengubah fikiran untuk menjadi juri, saya akui saya dapat menenangkan fikiran saya selepas seminggu bekerja.

    “Ramai yang beranggapan saya seorang yang serius, tetapi impak daripada MLM ini telah mengubah persepsi orang ramai terhadap saya.

    “Sebagai seorang anak seni, sepatutnya kita masuk ke dalam apa jua platform seni tidak kira komedi, drama dan filem untuk mengembangkan bakat yang ada,” katanya.

Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose diijabkabulkan



Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose diijabkabulkan - Pasangan pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose baru sahaja selamat diijabkabulkan menerusi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta episod 22.

Mereka kelihatan begitu serasi dan sepadan sehingga admin sendiri pun tertipu. Ingatkan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose betul-betul kahwin, rupanya majlis akad nikah itu sekadar lakonan.

Sharnaaz Ahmad memang segak dan kacak orangnya manakala Nelydia Senrose pula manis dan cantik. Penampilan kekasih Qi Razali itu sememangnya mampu mencairkan hati mana-mana jejaka yang menetap wajahnya.


sumber

Gambar wajah bakal suami Nurul Izzah Anwar kini tersebar



Gambar wajah bakal suami Nurul Izzah Anwar kini tersebar - Susulan pengesahan Nurul Izzah Anwar sah menfailkan penceraian dengan suaminya pada akhir Disember tahun lalu, sekeping gambar lelaki yang dikatakan bakal suami Timbalan Presiden PKR itu mula menjadi viral di laman sosial.

Bagaimanapun, kesahihan cerita ini masih belum diketahui dan dipastikan memandangkan gambar berkenaan disebarkan oleh blogger pro Pakatan beberapa jam lepas. Untuk artikel penuh, sila baca di SINI.


[ Gambar ] Bahagia nya bapa Lee Chong Wei dan isteri muda nya June Goh !

Pernah mencetuskan kontroversi tahun lepas selepas cuba membunuh diri di Jambatan Pulau Pinang, bapa kepada Lee Chong Wei, Ah Chai mengejutkan ramai pihak apabila berkahwin dengan June Goh, seorang wanita berusia 28 tahun pada Khamis lalu.

Berikut ialah lagi dua keping gambar perkahwinan Ah Chai dan June Goh.



Wanita berkenaan yang bekerja sebagai kerani dan berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, dikatakan Ah Chai sebagai seorang yang sangat memahami, peramah, berfikiran positif dan cantik menawan.

Dalam kenyataan ringkas di media baru-baru ini, Ah Chai memberitahu perkenalannya dengan June Goh bermula lapan tahun lalu di gelanggang badminton Berapit. Pada masa itu, mereka hanya berkawan biasa.


Namun selepas bercerai dengan bekas isteri, Khor Kim Choi, pada September tahun lalu, hubungan beliau dengan June Goh semakin serius dan akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin minggu lepas

Punca Nurul Izzah fail penceraian terhadap suami


Punca Nurul Izzah fail penceraian terhadap suami - Gosip penceraian Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada akhir Disember tahun lalu mengejutkan ramai pihak.

Berita ini disahkan oleh pegawai mahkamah selepas The Star Online membuat pemeriksaan rekod di Mahkamah baru-baru ini. Dalam rekod tersebut, Nurul Izzah, 33, telah membuat tuntutan fasakh bagi membatalkan perkahwinannya dengan Raja Ahamd Shahrir Iskandar, 35.

Daripada maklumat sumber awal, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menfailkan penceraian kerana dipercayai ada kaitan dengan kehadiran pihak ketiga. Meskipun, begitu dakwaan ini tidak dapat dipastikan kebenarannya setakat ini.

Untuk pengetahuan, Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003. Mereka dikaruniakan sepasang cahaya mata berusia tujuh dan empat tahun.


sumber

Gambar Emma Maembong hamil anak selebriti kini tersebar?


Gambar Emma Maembong hamil anak selebriti kini tersebar - Memang dahsyat betul gosip-gosip yang dikaitkan dengan pelakon Emma Maembong. Baru sahaja gosipnya bercumbu dengan Zizan Razak reda minggu lepas, kini sekeping gambarnya yang sedang mengandung telah tersebar di laman sosial.

Admin gelak sendiri melihat aksi Emma Maembong yang seolah-olah sedang mengandung sedangkan itu hanya sebahagian drama gurau senda beliau dengan salah seorang peserta MasterChef Malaysia All Stars, Michael Ang.

Mereka berdua sengaja ingin membuat perbandingan perut yang mana lebih besar dan kembang jika Emma sedang dalam keadaan mengandung. Terserlah sungguh kecomelan kekasih Zizan itu.

Gambar di bawah ini telah dikongsikan di dalam laman Facebook Rotikaya beberapa jam lalu dan banyak mendapat likes dan komen dari peminat mereka.

Maut diseret 40 kilometer

Foto

IPOH: Seorang penunggang motosikal maut dan anggota badannya hancur selepas terbabit dalam kemalangan dipercayai dengan kenderaan berat sebelum diseret sejauh lebih 40 kilometer, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, serpihan daging dan motosikal mangsa jenis Honda EX5 ditemui di Kilometer 274.2 arah Selatan kira-kira 800 meter ke susur keluar Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Ipoh.
Serpihan daging dan sebahagian tangan serta kaki mangsa kemudian turut ditemui Kilometer 317 kawasan Tapah arah Selatan.

Pemeriksaan melalui nombor pendaftaran motosikal yang ditemui, mangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Mahmud, 25, beralamat di Lot 15 Kampung Majidi, Serdang, Kedah yang dalam perjalanan dari kampungnya ke tempat kerja di kilang PROTON di Tanjung Malim, dekat sini.
Ketika kejadian keadaan cuaca baru lepas hujan dan jalan licin.
Difahamkan ibu mangsa sudah dimaklumkan mengenai kemalangan ngeri itu.

INFO UNTUK PASANGAN SUAMI ISTERI: CIUM KEMALUAN ISTERI TIDAK BAU SYURGA

Sekadar Gambar Hiasan

Kepada yang dah berkahwin baca keterangan ini ceramah kursus perkahwinan di masjid negeri. 

Dalam satu topik yang membincangkan isu adab bersama pasangan masing-masing setelah menikah. 

Apa yang penceramah katakan ialah sesiapa yang cium kemaluan isterinya atau suaminya..maka mereka tidak akan sekali-kali dapat bau syurga.

Kelihatan peserta yang datang berbisik-bisik sesama mereka.. untuk meredakan keresahan masing-masing penceramah tersebut pun berkata:

penceramah: “ada ape-ape soalan ke sebelum saya meneruskan ceramah kita pagi nih…?”

bangun seorang peserta lelaki yang bersongkok. Lagaknya seperti seorang ustad dari cara pemakaiannya…bergerak ke mic yang disediakan…

peserta: “saya ********* dari ****… merujuk kepada kenyataan ustaz tadi…berkaitan dengan hukum mencium kemaluan tidak”

penceramah: “iye..silakan…”

peserta: “saya belajar di ****… saya ade terbaca dalam kitab tafsir ahkam ibn arabi..mengatakan harus untuk mencium kemaluan isteri atau pasangan masing-masing cuma dari segi adab tidak berapa elok lagi pun hanya suami sahaja yang boleh buat demikian yang lain-lain tak boleh buat ustaz.. Boleh ustaz jelaskan lagi mengapa tidak boleh buat demikian dan kenapa tak boleh masuk syurga….?”

Nampak, berbezanya cara orang berfikir… Asasnya bagus peserta tersebut… Kelihatan ketika itu peserta terangguk-angguk menunjukkan dia ingin mengetahui lebih lanjut.

penceramah: “sedara jangan salam faham… Saya takde pun cakap bahawa cium kemaluan pasangan itu haram! Saya tak cakapkan… ade sapa rakam ceramah saya? Ade saya kata haram? Tak de.. saya tak kata pun tak masuk syurga… saya kata cium kemaluan isteri tak bau syurga… iyela kalau kite cium kemaluan isteri..bau kemaluan jelah…..”

Sekadar Bersantai.. Jangan ada yang terasa pulak yer.. kikiki..

WANITA MATI AKIBAT GUGURKAN JANIN


 Gadis ini dipercayai mati akibat menggugurkan janin. Semoga menjadi pengajaran untuk kita semua.




GAMBAR sekitar Aidil Zafuan merisik Zarema Zainal,Nikah 14 Mac 2014



Gambar sekitar Aidil Zafuan merisik Zarema Zainal - Tahniah buat Aidil Zafuan yang selamat merisik kekasihnya, Zarema Zainal baru-baru ini. Beberapa keping gambar sekitar majlis merisik itu telah dikongsikan portal myartis.

Keputusan dari majlis tersebut, Aidil Zafuan dan Zarema Zainal akan diijabkabulkan pada 14 Mac ini manakala majlis resepsi perkahwinan akan dibuat 16 Mac 2014. Meskipun begitu, kesahihan kedua-dua tarikh ini masih belum dipastikan.





Punca guru tuisyen pukul dan cakar kanak-kanak 4 tahun di Sri Gombak



Punca guru tuisyen cakar dan pukul kanak-kanak 4 tahun - Hanya selang beberapa hari kes dua orang murid dipaksa makan rumput oleh guru sekolah, kini tersebar pula cerita guru tuisyen memukul dan mencakar kanak-kanak 4 tahun di pusat tuisyen di Sri Gombak.
Kejadian itu dikatakan berpunca daripada kegagalan kanak-kanak berkenaan menyebut huruf ABC dengan lancar sebelum tersekat pada huruf D. Mungkin kerana berang, guru tuisyen itu bertindak ganas memukul anak muridnya sehingga luka dan lebam di beberapa anggota badan.
Selain bertindak memukul, guru terbabit turut mencakar Issac Chan Yi Bing serta merotannya. Difahamkan, guru tuisyen itu sedang sarat mengandung manakala identitinya masih dirahsiakan.
Menurut ibu kepada Issac, Ong Mei Li, 30, perbuatan ganas guru itu menyebabkan belakang badan anak tunggalnya bercalar dan berdarah, selain lebam di tangan, telinga serta pipi. Katanya lagi, Issac dalam keadaan menangis dan ketakutan ketika pulang rumah sekitar pukul 7 malam kelmarin.
“Sebaik saja dia pulang ke rumah, saya hairan mengapa Issac tidak mahu didukung seperti kebiasaan sedangkan dia seorang yang manja dan aktif.”

sumber