MEMBAKUT: Seramai 16 penumpang cedera ringan apabila bas membawa 48 penumpang terbalik selepas cuba mengelak kenderaan pacuan empat roda di hadapannya yang berhenti secara tiba-tiba di Kilometer 27, Jalan Papar-Beaufort, dekat sini, petang tadi.
Dalam kejadian jam 5.20 petang, semua yang cedera dipercayai akibat terhantuk masih belum dikenal pasti dan sudah dikejarkan ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut.
Bas membawa 33 penum pang lelaki, 10 wanita dan lima kanak-kanak itu dalam perjalanan dari bandar raya menuju ke Sipitang dipercayai mengelak dari merempuh sebuah kereta di hadapannya lalu terbabas ke kiri jalan dan terjunam ke dalam parit dan terbalik.
Kejadian menyebabkan penumpang terpaksa memecahkan cermin bas untuk keluar dari bas berkenaan.
Kejadian menyebabkan penumpang terpaksa memecahkan cermin bas untuk keluar dari bas berkenaan.

BAS terbalik selepas cuba mengelak kenderaan pacuan empat roda yang berhenti secara tiba-tiba. FOTO Ihsan pembaca
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.02 petang sebelum mengarahkan sepasukan bomba ke tempat kejadian.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah Superintendan Ismadi Borhan ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
No comments:
Post a Comment