Pages

Monday, February 17, 2014

Erra Fazira bercerai talak satu

Shah Alam: Spekulasi rumahtangga membabitkan pelakon popular, Erra Fazira akhirnya terlerai apabila dia sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.
Perceraian itu direkodkan dihadapan Hakim Syarie Mohammad Adib Husain selepas pasangan itu bersetuju untuk bercerai secara baik.
Bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 itu memfailkan permohonan cerai secara baik dan permohonan hak penjagaan anak itu semalam masing-masing mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Pasangan berkenaan bersetuju untuk menyerahkan hak penjagaan anak perempuan mereka, Engku Aleesya, 5, kepada Engku Emran.
Foto
FOTO keluarga Erra Fazira dan Engku Emran bersama anak mereka Tengku Aleesya sebelum pasangan itu disahkan bercerai secara baik, hari ini. FAIL NSTP

Bagaimanapun, Erra Fazira mendapat hak lawatan bermalam, cuti sekolah dan cuti perayaan yang diberikan secara bergilir-gilir.

Pada prosiding itu Erra Fazira, 40, diwakili peguam Ahmad Nazib Johari manakala Engku Emran, 39, diwakili peguam Roshdan Sujak Rafie.

Erra Fazira berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail. 

Sebelum ini Erra Fazira pernah mendirikan rumahtangga dengan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada Jun 2003, namun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun.

4 Gambar Roti Yang Dibeli Di Giant Berkulat Dan Menjijikan



BAGI anda yang gemar membeli roti sosej di pasaraya, ada baiknya anda memeriksa terlebih dahulu sebelum menyuapkannya ke dalam mulut.
Manalah tahu tiba-tiba terjadi seperti kes yang diceritakan di Facebook oleh seorang wanita dari Sabah ini.

Menerusi gambar yang dimuatnaiknya, wanita bernama Bie Jakson itu berkata, roti sosej yang dibeli oleh suaminya di pasaraya Giant telah pun rosak dan berkulat.

Berikut merupakan ‘caption’ asalnya:

GAMBAR: Roti Sosej Giant Sudah Berkulat
Gambar di bawah menunjukkan keadaan roti sosej yang sudah berkulat itu. Memang loya anak tekak melihatnya.

GAMBAR: Roti Sosej Giant Sudah Berkulat
GAMBAR: Roti Sosej Giant Sudah Berkulat
GAMBAR: Roti Sosej Giant Sudah Berkulat
GAMBAR: Roti Sosej Giant Sudah Berkulat
Fuh, mujurlah tak makan habis! Kalau tidak, boleh sakit perut dibuatnya.
Apa pun, mungkin pihak pasaraya Giant perlu memberikan penjelasan mengenai kejadian ini dan lebih berhati-hati dalam pengeluaran produk mereka selepas ini.


sumber

Zizan Bakal Nikah Emma Maembong Tahun Ini



Menerusi update terbaru Instagram Zizan Razak, beliau telah memuatnaik sekeping gambar yang merupakan lukisan yang dipercayai dihasilkan oleh Emma Maembong dengan kata kata romantis. 

“Percaya, hargai, sayang, cinta, teguh, sabar, jujur dan ikhlas — thanks untuk lukisan ini sayang. Sejuta erti disebalik lukisan ini, harap kekal seperti mana lukisan ini. Love you sayang” 

Rasanya para peminat pasangan ini sudah tidak perlu lagi untuk berteka teki akan status hubungan mereka berdua. Menerusi ruangan komen juga ramai peminat sudah mendoakan pasangan ini untuk bertemu jodoh. 

Bercakap kepada Berita Harian hujung minggu lalu, Zizan Razak mendedahkan yang beliau ada merancang untuk menamatkan zaman bujangnya tahun ini walaupun tidak menyebut secara spesifik bakal isterinya adalah Emma Maembong. 

“Kalau ikut perancangan diri saya, Insya Allah tahu ini nak kahwin. Tapi semuanya terserah kepada jodoh. Saya hanya merancang & Tuhan yang menentukan. Ingat ya, saya hanya rancang saja tahun ini,” ujar Zizan Razak. Jangan tunggu lama lama ya abang Zizan.

Petua Untuk Tahan Lama Yang Perlu Anda Baca



Petua Untuk Tahan Lama.. - Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo…….Ewah ewah ewah… korang suka betul kalau bab-bab nak tahan lama nie, ya?Kat bawah nie ada petua untuk ‘tahan lama’.

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2013. Dan sebelah lagi
pada 1 January 2014. Wah…tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih ‘tahan lama’,
Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa…

PAKAIAN.
Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER…
BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan – baca bismillallah dan doa
Akhir makan – doa dan ucap alhamdullillah…

UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi
bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

ROKOK

Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah……!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang…sendiri mau ingat
hahaaa….

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!

SELAMAT BERTAHAN LAMA


sumber

Bas terbalik cuba elak 4WD

MEMBAKUT: Seramai 16 penumpang cedera ringan apabila bas membawa 48 penumpang terbalik selepas cuba mengelak kenderaan pacuan empat roda di hadapannya yang berhenti secara tiba-tiba di Kilometer 27, Jalan Papar-Beaufort, dekat sini, petang tadi.
Dalam kejadian jam 5.20 petang, semua yang cedera dipercayai akibat terhantuk masih belum dikenal pasti dan sudah dikejarkan ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut. 
Bas membawa 33 penum pang lelaki, 10 wanita dan lima kanak-kanak itu dalam perjalanan dari bandar raya menuju ke Sipitang dipercayai mengelak dari merempuh sebuah kereta di hadapannya lalu terbabas ke kiri jalan dan terjunam ke dalam parit dan terbalik. 

Kejadian menyebabkan penumpang terpaksa memecahkan cermin bas untuk keluar dari bas berkenaan.
Foto
BAS terbalik selepas cuba mengelak kenderaan pacuan empat roda yang berhenti secara tiba-tiba. FOTO Ihsan pembaca

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.02 petang sebelum mengarahkan sepasukan bomba ke tempat kejadian.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah Superintendan Ismadi Borhan ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

5 Jenis Makanan Kesihatan Untuk Lelaki



5 Jenis Makanan Kesihatan Untuk Lelaki -Lelaki sering mengambil mudah soal pemakanan mereka. Bagi mereka cukup sekadar mengenyangkan dan yang penting murah. Makanan merupakan faktor utama nilai tahap kesihatan kita, sama ada kita semakin sihat atau kesihatan kita makin terganggu dengan gaya pemakanan kita. Berikut merupakan makanan makanan yang baik untuk kesihatan kaum lelaki.

1. Tomato @ Sos tomato

Lelaki yang banyak memakan tomato atau sos tomato berkemungkinan dapat memberi perlindungan kepada mereka daripada kanser prostat. Kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang banyak meragut nyawa lelaki. Ia terletak di bahagian atas pundi kencing. Hasil kajian daripada 47,000 orang lelaki, mereka mendapati bahawa lelaki yang memakan tomato sebanyak 2 – 4 kali dalam seminggu,mempunyai risiko menghidapi kanser prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki yang tidak memakannya.

2. Tiram

2 atau 3 ekor tiram mampu untuk membekalkan zinc yang secukupnya untuk sehari, (zinc merupakan mineral penting untuk penghasilan sperma bagi lelaki ). Anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya dengan lebih kerana ia akan mendatangkan risiko. Dalam satu kajian, 22 lelaki dengan kadar testosteron rendah dan jumlah sperma yang sedikit diberi zinc setiap hari dalam masa 45 hingga 50 hari dan hasil daripada kajian tersebut menunjukkan kadar testosteron dan jumlah sperma mereka meningkat.

3. Brokoli

Hasil daripada kajian di Harvard baru-baru ini mendapati bahawa sayur-sayuran seperti brokoli, dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing. Ia lebih berkesan sebanyak 2 hingga 3 kali ganda kepada lelaki berbanding wanita. Para saintis menganalisis diet hampir 50,000 orang lelaki, dan mendapati bahawa mereka yang makan lima hidangan atau lebih brokoli pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding yang tidak memakannya. Brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yang paling protektif.

4. Peanut butter
Penyakit jantung adalah pembunuh utama bagi lelaki dan wanita, tetapi lelaki menjadi korban pada usia yang lebih awal. Kandungan lemak pada kacang adalah tinggi sedikit tetapi ianya baik untuk anda.

5. Tembikai

Didapati lelaki dengan lingkungan usia sehingga 55 tahun, lebih banyak menderita penyakit darah tinggi berbanding wanita. Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan potassium boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan stroke. Tembikai kaya dengan sumber mineral ini, ia mengandungi lebih potassium. Jumlah potassium dalam suatu hirisan besar tembikai adalah bersamaan dengan sebiji pisang atau secawan jus oren.Mencegah lebih baik dari merawat. Kawal pemakanan dan ambil makanan yang betul mampu menjamin kesihatan kita di masa akan datang. 


sumber

Tuesday, February 11, 2014

[ Info ] WANITA TUDUH MISHA OMAR JANDA AKHIRNYA MOHON MAAF

Wanita yang mendakwa Misha Omar seorang janda dan pernah bernikah dengan jutawan, memohon maaf jika status berhubung perkara berkenaan dalam Facebook miliknya melukai hati penyanyi itu.

WANITA TUDUH MISHA OMAR JANDA AKHIRNYA MOHON MAAF, info, gossip,

Memetik laporan mStar Online, wanita yang dikenali sebagai Rahana Mohd Dahari itu berkata, dia tidak berniat untuk menjatuhkan maruah Misha sebaliknya hanya berkongsi status perkahwinan Misha di Facebook miliknya apabila mendapat khabar kononnya penyanyi berkenaan pernah berkahwin berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai.

    “Saya berasa kesal dan memohon maaf kepada Misha, bakal suami dan keluarganya jika status itu telah mengguris hati dan perasaan mereka. Saya sebenarnya bukan menghina status ‘janda’ itu tetapi sekadar mempersoalkan berita tersebut adakah benar wanita yang dikatakan sudah berkahwin sebelum ini adalah Misha Omar, penyanyi yang kita kenali atau sekadar pelanduk dua serupa? Jika sumber yang memberitahu saya itu berbohong, maka bohonglah saya,” katanya.

Rahana juga berkata, Misha telah membuat kesilapan besar apabila merakam paparan skrin (screen shoot) status itu untuk dimuat naik ke laman sosial Instagram miliknya sehingga menyebabkan isu berkenaan menjadi bertambah besar.

    “Seperti yang saya katakan tadi, status saya itu sekadar persoalan dan ia hanya dibaca tidak sampai 20 orang pun kerana saya tidak mempunyai ramai pengikut di Facebook. Tetapi apabila Misha mengambil status saya itu dan memuat naik ke Instagram miliknya dengan menafikan apa yang saya tulis, ia terus menjadi isu besar kerana Misha mempunyai lebih daripada 10,000 pengikut. Maka perkara itu terus menjadi isu besar,” ujarnya.

Sehubungan itu Rahana meminta isu berkenaan tidak terus diperkatakan selain meminta orang ramai tidak terpengaruh mengenai statusnya itu. Malah dia juga berulang kali memohon maaf kepada Misha berkaitan isu tersebut.

p/s: Dah status tu jelas menfitnah, memang dia kena merakam paparan skrin (screen shoot) la sebagai bukti dan berikan penjelasan. Sudah tentu bukan Misha sahaja yang ‘ternampak’ status tu kan.. Tapi tak apalah, dah minta maaf kira ok, kini terpulang kepada Misha untuk maafkan atau tidak

Tip Penjagaan Laptop yang Kedai Komputer Tidak Mahu Anda Tahu

Apabila kita membeli laptop, setiap penjual akan memberitahu tentang kelebihan setiap laptop yang dijual. Spesifikasi, kelajuan processor, memori yang pantas, kapasiti cakera keras yang besar, pemproses grafik yang boleh menjana visual realistik, saiz paparan skrin dan lain-lain lagi ciri-ciri yang digunakan sebagai poin jualan.
Hampir tiada seorang pun daripada penjual laptop ini akan memberitahu anda bagaimana hendak menjaga laptop dengan betul. Apa yang menjadi motivasi mereka adalah stok laptop yang bertingkat-tingkat itu mesti terjual.
Servis Komputer
Hakikatnya, laptop yang anda sedang gunakan sekarang adalah sangat penting. Melayari internet, urusan perniagaan, kerja kerja pejabat, kerja kerja grafik, bermain permainan video, media sosial, pengkalan data, dan panggilan video boleh dilakukan dengan laptop anda.
Tidak seperti kereta yang anda guna seharian, anda akan hantar servis ke bengkel kereta setiap 5000km untuk menukar minyak hitam dan penapis minyaknya. Sedangkan kereta yang anda gunakan cuma berkemampuan untuk:
  • Membawa anda dari poin A ke poin B
  • Angkat barang selagi muat
Jadi, kelebihan laptop lebih banyak, kenapa anda tidak menjaganya sebaik mungkin?
Saya berasa amat bertanggungjawab untuk berkongsi rahsia yang semua kedai komputer ingin rahsiakan dari anda. Laptop yang tidak berjaga adalah laptop yang akan rosak. Bila rosak wajib dibaiki, bila baiki jawapannya wang.
Pengguna Laptop Sengsara

Kedai Komputer Gembira, Pengguna Sengsara

Untuk berkongsi semua tips penjagaan laptop dalam satu artikel adalah sesuatu yang mustahil, saya akan ungkaikan rahsia ini satu persatu setiap siri nanti.
Tips 1 – Cuci Kipas laptop dan tukar ‘thermal paste’ baru setiap 6 bulan.
Selama 5 tahun dalam dunia pembaikan laptop, 80% dari laptop yang rosak adalah disebabkan masalah motherboard
Dari masalah motherboard 7% darinya berpunca dari kecuaian manusia seperti tertumpah cecair dan terjatuh
Lagi 93% dari kerosakan motherboard  ini berpunca dari tidak servis laptop
Apa Itu Servis Laptop?
Servis laptop adalah dimana laptop akan dibuka dan habuk yang berkumpul di kipas laptop akan dibersihkan. Thermal paste baru akan digantikan
Mengapa Ia Perlu Dilakukan?
Seperti juga kereta, laptop mempunyai komponen yang bergerak, komponen yang bergerak memerlukan sistem penyejukan. Komponen seperti processor dan pemproses grafik menjana haba yang sangat tinggi sehingga boleh mencecah 100 darjah C
Sistem penyejukan yang membantu menyejukkan komponen ini adalah kipas yang bersambung dengan besi tembaga. Besi tembaga ini akan bersentuh melalui thermal paste dengan komponen komponen panas ini.
Kipas yang menjadi sistem penyejukan ini, lama kelamaan akan memerangkap habuk. Jika anda tinggal di persekitaran yang ada karpet atau berhabuk, habuk akan lebih cepat terkumpul di kipas ini.
Komputer Servis
Apabila habuk-habuk ini berkumpul, sistem menjadi tidak efisien kerana ianya menghalang udara panas dari keluar. Apabila ianya tidak efisien, komponen penting seperti processor dan pemproses grafik ini akan rosak kerana terlebih panas (overheating).
Apabila ini berlaku, kos membaikinya lebih kurang membeli laptop baru. Sebagai contoh kos untuk tukar motherboard brand Acer sahaja mencecah RM700. (sumber Highpoint) manakala untuk motherboard Apple Macbook Pro adalah RM2000 (iMac city)
Apakah Thermal Paste?
Thermal paste adalah selapis bahan yang mengalirkan haba sangat baik yang letaknya diantara komponen panas ini dan sistem penyejukan.
Lama kelamaan, thermal paste ini akan keras dan tidak mengalirkan haba dengan baik. Ianya juga perlu ditukar. Tujuan servis laptop ini adalah untuk menjamin sistem penyejukan yang efisien dan optimum sepanjang masa.
Pusat Servis Komputer
Di Mana Boleh Servis Laptop?
Untuk servis laptop anda digalakkan untuk menghantar laptop kepada pakar yang berhampiran dengan anda.
Ini adalah kerana untuk mencuci laptop, anda perlu buka seluruh badan laptop dan besar kemungkinan akan terjadi insiden tikus membaiki labu.
Komponen komponen di dal am laptop juga amat sensitif kepada elektrostatik.
Bila Waktu Sesuai Servis Laptop?
Anda dinasihatkan untuk servis laptop anda setiap 6 bulan sekali. Jika anda merasakan laptop anda cepat panas, contohnya jika anda boleh rasakan haba di tapak tangan anda ketika menggunakan laptop, segeralah hantar ke kedai komputer berhampiran untuk diservis.
Jika persekitaran anda berhabuk, anda harus melakukannya dengan lebih kerap.
Kesimpulan
  • Servis laptop adalah langkah pertama untuk memanjangkan usia laptop anda.
  • Haba adalah musuh utama laptop.
  • Pastikan anda servis laptop anda sekurang kurangnya 6 bulan sekali.
  • Hantar laptop pada yang pakar sahaja.
  • Laptop yang dijaga dengan baik adalah laptop yang akan menggembirakan tuannya.
sumsber

Irfan dah bersumpah? mana satu yg betul?

Foto

JOHOR BAHRU: Pemain T-Team Muhammad Irfan Abdul Ghani bersumpah dia tidak nampak sebarang pergaduhan di terowong Stadium Larkin ketika perlawanan antara pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan T-Team pada 1 Februari lalu.

Dia melakukannya di depan wartawan serta jurugambar dalam satu sidang media.

Pada masa sama, Muhammad Irfan meletak jawatan sebagai pemain T-Team dengan alasan mahu menjaga ibu dan seorang adiknya yang tidak sihat.



Muhammad Irfan berkata, dia tampil dan sanggup mengangkat sumpah bersaksikan al-Quran dengan rela hati bagi menegakkan kebenaran.

"Dengan ini saya bersumpah semua kenyataan yang dibuat adalah benar," katanya sambil menyentuh al-Quran menggunakan tangan kanannya.

Malam tadi, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menyaksikan pemain dan pegawai T-Team bersumpah di depan al-Quran di Kuala Terengganu.

Majlis angkat sumpah itu didahului penolong jurulatih, Azlan Johar yang menyatakan insiden pemain import, Evaldo Rodrigues ditumbuk dalam terowong Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada malam 1 Februari lalu, adalah benar.

Bagaimanapun, Irfan yang menjadi tumpuan berikutan kenyataan mengejutnya dengan mendakwa kejadian itu tidak berlaku, gagal hadir dalam majlis berkenaan walaupun diminta berbuat sedemikian.

Tuesday, February 4, 2014

Gambar Isteri Kedua Ashraf Muslim Tayang ‘Baby Bump’



Pasti tak sabar pelakon Ashraf Muslim nak menimang cahaya mata sulungnya bersama isteri kedua, Wan Sakinah Ahmad Saburi. 

Sakinah juga baru-baru ini ada menayangkan ‘baby bump’ nya di laman Instagram selain foto mereka berdua bercuti di Langkawi. 

Untuk makluman, Ashraf dan Sakinah diijabkabulkan pada 7 Julai tahun lalu di Thailand. 

Diharapkan semuanya baik-baik sahaja sepanjang proses kehamilan dan bersalin nanti ya.

sumber

Pelakon Fasha Sandha & Dazrin Kamarudin Ditembak Di Kota Damansara?

Dua pelakon terkenal, Fasha Sandha dan Dazrin Kamarudin ditembak di kawasan tempat letak kenderaan berhampiran sebuah restoran di Kota Damansara. 

Kejadian itu mengejutkan orang ramai yang berada di dalam restoran tersebut sehingga ada antara mereka yang membuat laporan polis, menyangka bunyi tembakan itu benar-benar berlaku. 

Selang beberapa jam kemudian, penggambaran drama terpaksa dihentikan selepas didatangi dua kereta polis yang menerima aduan kejadian tembakan berkenaan. 

Bagaimanapun, aktiviti penggambaran drama diteruskan semula selepas pihak polis mendengar penjelasan pengarah drama Along Kamaludin. 

Katanya, perkara tersebut hanya salah faham sahaja kerana kejadian Dazrin dan Fasha ditembak seseorang dari dalam kereta sekadar babak lakonan. 

"Kami buat babak itu di kawasan parkir bawah tanah sebenarnya, tapi tak sangka pula ada pengunjung restoran berhampiran terdengar dan menyangka ia kejadian jenayah sebenar."

Misha Omar & Firos Sah Bernikah Mei Ini



Penyanyi Misha Omar, 32, bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Firos Ezzwan Rosly, 32, pada Mei ini. 

Majlis pernikahan tersebut akan dilangsungkan di Hotel Renaisannce, Kota Bharu, Kelantan. 

"Saya akan nikah Mei ini tapi tarikh sebenar belum ditentukan lagi. Majlis diadakan sempena bulan Rejab untuk mendapat keberkatan. 

"Ini adalah impian mama saya, Zainab Mat Nor, 49 tahun yang mahu majlis dilangsungkan," katanya.


sumber

Keputusan Piala FA 4 Februari 2014 Pusingan Ke-2



Sebanyak 12 pasukan akan beraksi bagi melengkapkan jadual pusingan kedua Piala FA dalam saingan yang berlangsung pada Selasa 

Berikut adalah keputusan perlawanan yang merangkumi waktu semasa, terkini dan penuh 

4.15 PtgSelangor logo baru selangor keputusan piala fa 4 februari 2014 pusingan 2 kedua0 – 1logo baru sarawak keputusan piala fa 4 februari 2014 pusingan 2 kedua Sarawak
 ’masa penuh1 keputusan piala fa 4 februari 2014 pusingan 2 kedua
8.45 MlmPKNS FC logo baru pkns fc keputusan piala fa 4 februari 2014 pusingan 2 kedua2 – 1logo baru terengganu keputusan piala fa 4 februari 2014 pusingan 2 kedua Terengganu
masa penuh1 keputusan piala fa 4 februari 2014 pusingan 2 kedua
8.45 MlmKedah logo kedah baru keputusan piala fa 4 februari 2014 pusingan 2 kedua4 – 0logo perlis baru keputusan piala fa 4 februari 2014 pusingan 2 kedua Perlis
masa penuh1 keputusan piala fa 4 februari 2014 pusingan 2 kedua

8.45 MlmKelantan logo baru kelantan 2014 keputusan piala fa 4 februari 2014 pusingan 2 kedua2 – 1logo sabah baru keputusan piala fa 4 februari 2014 pusingan 2 kedua Sabah
masa penuh1 keputusan piala fa 4 februari 2014 pusingan 2 kedua
8.45 mlmPBAPP logo pbapp baru keputusan piala fa 4 februari 2014 pusingan 2 kedua0 – 2logo pdrm baru keputusan piala fa 4 februari 2014 pusingan 2 kedua PDRM
masa penuh1 keputusan piala fa 4 februari 2014 pusingan 2 kedua

8.45 MlmSime Darby logo baru sime darby keputusan piala fa 4 februari 2014 pusingan 2 kedua0 – 1logo felda united baru keputusan piala fa 4 februari 2014 pusingan 2 kedua Felda United
masa penuh1 keputusan piala fa 4 februari 2014 pusingan 2 kedua
sumber

Mizz Nina Tidak Akan Menyanyi Lagi Dihadapan Penonton Lelaki



PETALING JAYA – Penyanyi popular, Shazrina Tan Sri Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina berhasrat untuk berhenti menyanyi dan memberi fokus kepada ibadah serta perniagaannya.
Mizz Nina, 34, berkata, buat permulaan dia akan mengurangkan aktiviti nyanyian dan hanya menerima jemputan persembahan melibatkan penonton wanita.
“Ini adalah perkara baharu yang saya fahami semasa menuntut ilmu daripada beberapa orang guru agama.
“Saya tidak akan membuat persembahan di hadapan penonton yang bercampur lelaki dan wanita,” katanya ketika ditemui pada bengkel World Hijab Day bersama Madeena di sebuah pusat beli-belah di sini semalam.

sumber

'Jenazah' Hidup Semula Selepas 2 Jam Disahkan Mati



“Ketika saya tersedar, di kiri dan kanan saya ada seorang doktor dan beberapa jururawat untuk melakukan bedah siasat terhadap ‘jenazah’ saya yang disahkan sudah meninggal dunia,” kata pengamal rawatan tradisional, Abdullah Nanyan, 62. 

Menurutnya, sebelum itu dia disahkan meninggal dunia selama dua jam selepas dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital di ibu negara selama lebih sebulan kerana menghadapi pelbagai komplikasi termasuk serangan jantung atau Acute Myocardial Infarction (AMI), kesukaran bernafas, kencing manis dan kegagalan fungsi paru-paru. 

Katanya, mereka semua terperanjat melihat keadaan dirinya yang ‘hidup’ semula dan segera menghantarnya ke bilik rawatan untuk pemeriksaan. 

Menceritakan semula kejadian dialami pada 16 Februari 2012 itu, katanya, dia disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi. 
Bagaimanapun, selepas ‘jenazah’nya dihantar ke bilik bedah untuk proses bedah siasat, dua jam kemudian dia tersedar dan boleh menggerakkan kepala.

Monday, February 3, 2014

Gambar sekitar perkahwinan Safiq Rahim & Zandra Aziela


Gambar perkahwinan Safiq Rahim & Zandra Aziela - Tahniah kepada pemain bolasepak Johor Darul Takzim, Safiq Rahim yang baru sahaja selamat bergelar suami kepada ratu boling kebangsaan, Zandra Aziela beberapa jam lepas.

Semoga ikatan perkahwinan mereka berdua akan kekal hingga ke hujung usia dan nyawa. Memandangkan Safiq Rahim dan Zandra Aziela adalah atlet negara, maka diharap kebahagian yang bakal dirasai sebagai suami isteri mampu meningkatkan lagi prestasi kedua-dua mereka dalam sukan masing-masing.

Secara jujur, admin sedikit terkejut dengan pernikahan mereka hari ini. Mungkin kerana telah terlepas pandang bila tarikh mereka sepatutnya bernikah. Apapun, mari layan lagi beberapa keping gambar sekitar pernikahan Safiq Rahim dan Zandra Aziela.




Wajah muda ibu Emma Maembong kini didedahkan


Wajah muda ibu Emma Maembong kini didedahkan - Hari pertama tahun 2014, dunia hiburan tempatan sedikit gempar dengan penyebaran gambar-gambar wajah ibu kandung pelakon Emma Maembong ketika masih muda.

Orangnya memang cantik dan menawan dikenali dengan nama Janet dan berasal dari Scotland. Jadi, apakata layan beberapa keping gambar wajah sebenar ibu Emma Maembong. Memang sebiji wajahnya dengan Emma.