Kenapa Perlu Tidur Bogel | Mesti anda teringin hendak tahu sangat mengenai tajuk entri ni. Ini adala infomasi yang SA ambil (copy paste) untuk di kongsi bersama. Ianya tiada unsur 18sx, jadi perbagai peringkat umur boleh membacanya. Hanya sekadar ilmu yang boleh digunakan jika mahu.
Tidur bogel kebanyakan dilakukan oleh orang bandar dinegara ini. Cuma biasanya yang tidur bogel dikalangan yang mempunyai bilik sendiri. Bagi berkongsi bilik dengan adik beradik pasti tak punya tidur bogel. Manakala yang duduk di kampung pun tidak akan tidur bogel.
Tapi sekarang pasti anda akan tidur bogel disebab peningkatan kos hidup, cara ini boleh jimat bil elektrik bulan dengan tidur tanpa kipas atau air-corn.
Menurut sebuah kajian terbaru, tidur dalam keadaan bogel bukan sahaja menjimatkan bil elektrik anda, malah tidur dalam keadaan bogel kerana manfaat kesihatan berikut:
Elakkan jangkitan yeast
Menurut Jennifer Landa, penulis buku The Sex Drive Solution for Women, tidur dalam keadaan bogel baik untuk bahagian sulit anda. Bahagian sulit mudah dijangkiti bakteria dan jangkitan yeast dalam keadaan hangat, jadi cara terbaik untuk elakkan perkara tersebut adalah dengan biarkan bahagian sulit ‘berangin.’
Tidur lebih lena
Suhu badan cenderung untuk menurun semasa anda tidur jadi apabila terlalu panas dengan selimut dan baju tidur boleh mengganggu tidur anda. Menurut pakar, tidur dalam keadaan bogel bantu suhu badan anda kekal sejuk.
Anda bertambah seksi
Tidur bogel sahaja dah boleh menjadikan seseorang seksi. Namun bukan itu sahaja.Menurut pakar, apabila suhu badan turun, terdapat hormone yang dibebaskan dan membuatkan kulit dan rambut anda kelihatan cantik. Patutlah ada yang bangun pagi dengan muka berseri. Ini juga menjadi alasan mengapa di beberapa kawasan di Indonesia, lelaki akan memilih bakal isteri berdasarkan wajah beliau ketika bangun tidur. Kecantikan semulajadi katakan.
Tak buncit lagi!
Sebelum ini kita sebut bahawa tidur tanpa pakaian bantu tidur lebih lena lalu menurunkan hormone stress iaitu cortisol. Apabila hormone stress anda meningkat, terutamanya apabila tidur anda terganggu, anda akan bangun esok pagi terus mengidam nak makan nasi beringin! Mana tak buncit macam ini!
Hubungan intim lebih baik
Tetapi ingat, sebelum cuba tidur tanpa pakaian pastikan pintu bilik dikunci! Dan pastikan robe disediakan berhampiran, mana tau ada kecemasan tengah malam, takkan nak lari keluar rumah tanpa pakaian?
Sebelum anda ingin tidur bogel pastikan bilik anda secure dari segala camera, lubang, tingkap ditutup dengan langsir dan pastikan pintu berkunci. Bukan apa bagi mengelakan dari jadi bahan gambar SX oleh ahli keluarga atau sape saja yang ada dalam rumah.